Friday, December 28, 2012

kawan sekali

Hey kawan kawannnn...
Alamak. Lupa bagi salam lagi.
Assalamualaikum.
Hey kawan kawannn.
Kita bukan mahu lawan.
Kita cuma cari teman.
Buat penghibur di kelapangan.
Hey kawan kawannn.
Jangan nak pelik jangan nak heran.
Jika ku sound mu umpama meroyan.
Kita kan kawan,
Mesti mahu tegur kawan kawan.
Hey kawan kawan.
Gua tak kisah gua dilupakan.
Janji tanggungjawab gua tunaikan.
Fungsi gua sebagai seorang kawan.
Hey kawan, yaaa.. Lu lah kawan.
Gua bukan mahu lawan lawan.
Cukuplah la kalau lu sudah ketahuan.
Cukuplah lu faham apa gua katakan.
Kita kawan mesti mahu terima teguran.
Baik buruk mesti mahu telan.
Jangan biar hati dimakan perasaan.
Lu pun ada fikiran.
Baik buruk lu boleh tentukan.
Agar kelak kita dapat keuntungan.
Hey kawan. Gua bukan lu punya lawan.
Gua hanya mahu memberi peringatan.
Ingat, kita semua akan 'ditelan'.
Yang baik jadikan tauladan.
Yang buruk jadikan sempadan.
Mati kita orang lupakan.
Hanya doa orang jadi peneman.
Amalan di dunia dibawa bekalan.
Ini gua sudah pesaaaannn.
Kita semua hamba Tuhan.
Allah sudah banyak berpesan.
Jadikan Al-Quran sebagai panduan.
Dalam menjalani kehidupan seharian.
InsyaAllah kita pasti dapat habuan.
Moga hati dilitupi ketenangan.
Moga akal fikiran sentiasa ditajamkan.
Sambil sambil minum teh secawan.
Apa kata sejenak direnungkan.
Harini ada apa bekalan?
Persediaan sebelum dirotan, tak berteman. Kesian.
Inilah kita, seorang insan.

No comments:

Post a Comment