Friday, March 30, 2012

cabaran sekali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt...


(Petikan daripada Kuliah Dhuha/Zohor ustaz Abdullah Mahmud di Ibu Pejabat BIMB berdasarkan hadis-hadis nabi riwayat Al Baihaqi, Termizi & Ibn Hibban)


Kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat kerana ia adalah amanah daripada ALLAH S.W.T.....


Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-


1. Susu dengan ikan

2. Cuka dengan susu

3. Buah-buahan dengan susu

4. Daun salad dengan ikan

5. Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)

6. Daging segar dengan daging kering

7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka

8. Cuka dengan nasi

9. Buah delima dengan serunding

10. Telur dengan ikan.

**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.

**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!

 
Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.


1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya daripada cara pemakanan diatas)

2. Senaman sebelum makan.
3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang ?jam)

4. Jangan makan buah selepas makan.

5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.

6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)

7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma

8. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi)

9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.

10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.

11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.

**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..


Sumber: http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1266

Nak makan basuhlah tangan.. pilih gerai yang bersih..
Hapuskan lalat kuman.. penyakit dapat disisih..
Jadikan ini amalan.. lalalalalalala [lupa lirik]
Badan sihat otak cerdas.. buat apa pun pantas.

Hapal dak lagu nih?
Yang tukang nyanyi die tudung saji biru selaku bapak bersama ahli keluarga beliau.
Si tudung saji merah selaku emak dan anak-anak gua tak ingat warna ape.
Lagu keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia.
Skang ni dah takde kat tibi kan? namun tetap diingati..
Bagus lagu tuh. dapat dijadikan panduan untuk memilih gerai-gerai makanan
terutamanya untuk bini-bini yang malas nak masak kan. macam gua. huhuhu !


haiiippp... bukan tudung saji yang ni taw..!
 Gua bab makan-makan ni jarang memilih. Maen hentam jek.
[jeling perut. kaki pon dah tak nampak. cesss]
Gerai tepi longkang pon gua selamba je redah.
sebab budaya kat malaysia memang macam tu kan.
kedai makan yang cantik-cantik, confirm dapat sijil halal terpampang kat kaunter namun if pemiliknya bukan muslim, laju jek orang was-was "halal ke? original ke sijil halal tu? entah-entah sijil tipu.." walaupun dah terang2 kat situ dapat sijil halal from JAKIM kan.
tapi yang ko duk lepak gerai tepi longkang, tepi jalan yang bersepah ngan tikus, lipas boleh maen polis sentri kat kaki.. siap mereka menyertai dinner ko bersama keluarga bahagia mereka.. selamba jek ko redah kan. takde pon ko nak tanye dapat sijil halal ke tak kan..
sebabnye... sebab nak support kaum sendiri kan. makan kat kedai bangsa sendiri walaupun yang tak berapa nak semenggah, janji boleh tolong 'set-set kite'.
tak salah nak support bangsa sendiri. tapi kena lah jugak tengok tahap kesucian dan kebersihan gerai makanan tersebut. jangan main redah jek.
tak semua bangsa lain tu pengotor. tak semua bangsa kita ni pembersih.

gua sendiri pon selalu melepak kat gerai makan yang 'asal ada'..
yang tikus, lipas duk ke hulu ke hilir. sama rancak diorang ngan waiter kedai makan tuh.
selamba badak ko jek kan cik siti n cik lili???!! walaupon spesis tikus dan lipas, namun bile selamba tetap selamba badak. korang boleh bayang kan keselambaan badak mcamane?
jangan nak suruh gua lakonkan. kang korang konpius mana satu gua, mana satu badak. haih..
walaupun tak berapa nak cantik dan bersih, perut tetap kenyang kan.
tapi isi perut tu tak tau la kot-kot ada termasuk sikret resipi tambahan. penyedap rasa.
wallahu'alambissawab. halalkan jelah kan walaupun tak dapat sijil halal jakim. gulpppp...

gua dah terbaca pasal "amalan makan / tabiat pemakanan mengikut sunnah" tu dah lama dah.
tapi nak mengikutnya, tak terikut-ikut pun.
kalau benda baek, memang gua ni dasar pelembab kan. berat jek nak ikut.
yelah. siapa tak nak pahala dak? semua orang nak.
tapi takdelah sampai wajib kena ikut kan. cuma jika diikut lebih afdhal.
tambah-tambah lagi tabiat tersebut amatlah baik untuk kesihatan.
setiap benda yang Rasulullullah s.a.w amalkan, mana ada yang buruk.
semua baik-baik belaka. sampai peringkat generasi kita ni jek yang duk merekacipta amalan pemakanan bukan-bukan nih.
contohnya, makanan segera. semua yang segera tuh banyak yang tak elok jek kan.
mee segera contohnya. entah berapa kilo msg dlm 1 paket pon kita tak tau.
yang kita tau cepat dimasak enak dimakan.
macam wanita bekerjaya seperti gua nih. semua nak segera...
so, kat rumah pun mee segera jelah kan. hehehehe
yelah. kalau hari minggu banyak sikit masa so, boleh lah kita masak, tumis bawang skit, msukkan telur skit. ayam kalau ada..hari biasa, rendam air panas jela kak oi....
namun, tetap ianya mee segera kan. merasalah kau rambut berterbangan bgelimpangan di halaman asmara [bilik tido lah.....]

part lain, inshaAllah gua senang untuk amalkan. inshaAllah. pasang niat tu yang penting.
buat, belakang kira. hahaha ! suke hati sendiri je kan.
tapi... tapi... tapi.. tapi..
bila ada tapi, haruslah disusuli dengan alasan kan.
hak nombor 3 tuh:
"3. Buah-buahan dengan susu"
erkkkk...
lepas nih sanggup ke gua tinggal blueberry cheecesake kesayangan gua?
orange cheesecake juga..
bagaimana pula dengan koktel kegemaran ramai di majlis hari jadi..?
triffle lagi.. ada susu jugak dalam custard tuh.
tutti frutti? moo cow? yogurt nestle? bliss yogurt? sundae stoberi mcd?
aduyaiiii nye punnn... ini kes berat nih.
berat nanang orang ganu kate. orang laen xtaula berat ape..
macamana nih?

owh...sila menanges sekarang...!!!
bila ditilik-tilik. dipikir-pikirin, betullah semua tu kan. betullah semua tu tak elok untuk kesihatan.
kalau gua amalkan semua petua sunnah ni, inshaAllah gua tak perlu lah mengeluh nak beli baju asek takde size macam sekarang !
maha besar kuasaMu Ya Allah. apa yang Kau sampaikan melalui utusanMu itu sebenarnya semua ada hikmahnya. tak perlukan saintis, doktor-doktor, pakar-pakar kesihatan namun hanya melalui pemakanan amalan Rasulullah s.a.w, tips-tips penjagaan kesihatan amat banyak sudah diterap. Subhanallah.

okeh. sekarang, sanggupkah gua meninggalkan kesayangan2 gua semua itu? sanggupkah?!!
baru kali ini tepat. tepuk dada tanya selera. tepuk perut, tanya mulut.
ermmmm.. tapi makanan2 tu tak haram kan?
janji halal boleh belasah kan? selagi tak bertentangan dengan hukum hakam kan?
kalau tak ikut sunnah 100% tak melanggar syarak kan? kan? kan? kan?
erm. nak pasang niat pun tak berani nih. takut hajat tu tak boleh dicapai. huhuhu
mana yang mampu ikut, kita ikut la dak? hehehe. =p
kalau dah suka tu kan. macam-macam alasan.
haram punye mat saleh! apesal la ko pegi rekacipta sume makanan2 tsebut.. huh !
pastu gua pulak yang melulu jek tepengaruh nih, nak salahkan mat saleh kan. syabas.
hantuk kepala sendiri kat dinding !

eternal love story...

miniskirt notes:
sedikit makan malam untuk awet muda.
banyak makan malam macam gua nih, awet tua !

Thursday, March 22, 2012

murahan sekali

sekarang orang dah tak main lah baca buku.
nampak macam tak 'bergantung pada tarikh'.
sekarang zaman canggih.
semua IT saja. blog, forum, webpage, fanpage, facebook..
banyak dah medium untuk membaca di alam maya.
surat kabo pon orang baca kat intenet jek.
resipi masak-memasak. orang dah tak main dah buku-buku resipi.
orang tak main dah duk mendongak tengok tibi salin resipi.
pastu declare resipi turun temurun dia kat anak cucu kan.. haih !
kot chef tu cakap laju, alter pakai resipi sendiri.
merasalaaa anak-anak semua kena senyap sebab mak nak dengar chep tuh duk melalut ape.
[adakah ini pengalaman??? hehehe]
zaman IT, click jek nak resipi apa..
berjuta-juta lemon keluar. resipi guna lemon ada lah 2,3 kerat.
myresipi, yourresipi, sikret resipi.. macam-macam ada !

tapi gua heran ngan satu buku tak berilmiah nih.
masih bertahan sampai sekarang.
kandungan entah apa-apa. takdak ilmu langsung gua rasa.
editor die pon tak berilmu gak kot.
tak berilmu tatasusila.
ada ke patut benda macam ni dijadikan bahan bacaan? sedeyhh !



gua nampak baaaaaaaaanyaaaaaaaakkkk mangga.. ehhhmmmmm


kesian ke tak kesian kat majalah nih?
hampeh lah. gua dah tak sanggup dah nak tengok eksploitasi wanita nih.
dah kritikal sangat dah kat malaysia nih.
satu hal, kedai makan menggunakan awek-awek gedik untuk tarik pelanggan datang kedai.
keji bukan.... makanan tak sedap, tapi sedap benda laen. haram.
kot yang laki semua ko hidang sekor-sekor macam jambatan kena hanyut banjir kan..??

pejadah ntah majalah mangga nih.
kat mana sumber ilmu nye nih? ilmu gosip??
orang kita tak perlu diajar bergosip. lahir jek memang dah terer bergosep.
trust me. it's a real thing in our real life.
nak kata ilmu berenang, takde nampak renang-renang pun.
aksi lain di kolam renang banyak.
gua tunggu jugak kalau depa nak shoot gambo adibah noor kat tepi pool tuh.
"Adibah Noor dan Kuman KU2 hanya kawan..."
pang! gambo dua2 ekor kat tepi pool dengan aksi-aksi manja..
nahaslah jalanraya malaysia.
tak sah kalau tak tunjuk lurah dendam tu kan..
shading terlebih ngalahkan pondan.
yang jantan pon tak beragak kan nak cleavage bagai. hempuk ngan helmet kang !
geli la weh. tolonglah..

gua rasa pihak berwajib patut do something la. banyak thing pun takpe
budak-budak ramai kot yang duk melepak kat kedai buku tuh.
apa yang ditunjuk, yang tu lah betul pada diorang.
jangan buat-buat terkejut la dengan kes-kes rogol-rogol kat malaysia nih.
hak duk bergambo kat dalam nih macam merelakan jek kan.
dia jadi modal. pastu yang lain jadi mangsa. lagi kanak-kanak tak berdosa kena. aduilaaa...
if yang duk bargambar kat dalam tu jadi mangsa takpelah jugak.
berbaloi la jual diri tuh...

awal-awal keluaran dulu takdelah cenggini rupenya hah.
fahamlah atas dasar persaingan.. matlamat tak halalkan cara bhai.

dulu gua ada baca jugak. siap bawak pegi sekolah.
nak lirik lagu punya pasal kan. hahaha !
gerard joling. everlasting love.
merasalah hapal lagu orang tua time darjah lima kan.. awet tua sangat.
bawak sekali ngan mastika.
cikgu: bagus awak baca mastika nih. banyak ilmu kita dapat dari buku nih.
gua : ye cikgu.. saya dapat belajar banyak ilmu. ilmu hitam
cikgu: mangga ni tak elok baca nih. tak elok. jangan baca lagi. kalau awak baca, saya rampas.
gua : yang ni untuk ilmu.. ilmu... ilmu..[pandangan kabur].. ilmu muzik cikgu !
cikgu: banyaklah awak punya ilmu muzik. dah, bak sini. kena rampas nih. tak elok..
gua: alaa... ni makcik saya punya cikgu, habislah saya camni ! [tipu]
cikgu: baiklah. nanti jangan bawak lagi.
gua: ok. nanti saya fotostatkan lirik ramalanku benar belaka kasi cikgu yeh.
cikgu: berlalu dengan libasan rambut..

tapi sekarang, dah macam murahan sangat gua tengok artis malaysia nih.
dedah sana sini.
dapat gangguan peminat gila, tahu takut.
kamu yang offer.. kamu pulak nak mengelak yeh.
eleh. dapat panggilan peminat psycho, takut. report polis.
dapat panggilan vvip, gembira. report wartawan.
publisiti murahan untuk artis sendu murahan. sedeyh kuasa dua !


miniskirt notes:
kot ada sedara mara terdekat membuat expose mistik di tepi kolam,
gua tak pergi beraya la..

Wednesday, March 14, 2012

impianku sekali

semalam sepatutnya gua ada game netball.
friendly game ngan ATM.
bukan Auto Teller Machine lah ! Angkatan Tentera Malaysia..
tapi disebabkan sebab-sebab yang tak dapat disebabkan, cancel pula.
agaknya macam dah terhidu hasil kekalahan. tu yang cancel kot. hehehe.

tapi gua melepak gak kat opis.
menunggu tok laki yang belum habis kerja.
untunglaaa dapat laki satu opis.
untunglaaa duk umah dekat.
hahaha. riak gua kan. [dabik buah dada]

so, tergendala lagi lah agenda langkah-langkah untuk kuruskan badan.
haih. seribu kali sayang...
nak bersenam, harapkan main netball ni jelah.
kalau tidak. haram nak pijak court tu kan.
sport shoes aku yang basuh tahun lepas tak bersentuh pun lagi.
siap tali kasut pun tak ikat lagi hah.
gile pemalas.
azam nak pegi gym, hari-hari azam.
last-last, gym kat atas katil jugak kan.
terlentang main game ngan facebook.
nikmat dunia. at least gua eksesais tangan dan jari jemari jugakla kan.
kaedahnya di situ..

okeh. topik agenda mahu kuruskan badan.
topik ini adalah sangat bosan untuk dibincang.
agenda asyik tertangguh je.
dah bape tahun pun gua tak ingat dah.
masih di tray WIP. ke tray IN?? bile nak OUT...
entah bila nak clear gua tak tau lah.

bukan gua sorang kot yang berazam camni.
cuma some of them je yang berjaya.
ya. jiwa harus kuat dan kental.
kalau jiwa rapuh macam gua nih, alamat nya tak kemana lah.
gua ni ngan benda laen jiwa gua amat teguh.
namun bila dengan satu benda nih, gua rapuh.
kurebah dengan godaanmu.
gua tak boleh tahan godaan makanan.
godaan tok laki gua pun gua boleh tahan lagi. kadang-kadang.
tapi ngan makanan, maaf banyak-banyak.
tak offer, terasa menikam kalbu.. tikam lah dada ini laju-laju.
umpama macam tu lah.

tapi takpe. azam gua belum berkubur.
sila kuatkan semangat !!! kemon ! kemon !
oleh itu, gua berazam untuk merajinkan diri untuk bersenam.
bukan sahaja untuk memusnahkan lemak di badan,
namun amatlah penting untuk kesihatan.
ayuh bersukan ! ayuh ! [shapel]
petang nih boleh ajak tok laki eksesais lah.
main lompat-lompat keh.. tihihi..

tetiba terpandang ini. [rolling eyes in the deep]


akak ! nak extra gravy yeh !
macam nak ajak tok laki pegi sikret resipi jek petang nih.
hehehehe. [SIMPUL-SIMPUL malu]
gua tak cakap gua nak stop makan kan...
okeh. pas makan kite eksesais yek tok laki.
eh! saya tak cakap arini hari khamis eh?



miniskirt notes:
niat kurus untuk kesihatan.
bukan niat untuk pamer kecantikan.
kecantikan untuk pameran tok laki kesayangan.
bukan untuk tontonan masyarakt awam.

Tuesday, March 13, 2012

langsi sekali

haih. baru je berazam taknak memaki.
harini memaki lagi. damn damn damn ! [ada macam avril lavigne tak?]
gua baca paper. baca di alam maya.

okeh.
ni si setan sundal bolong mana lah yang buat hal lagi nih.
ko takde kije ke nak membako budak kecik tuh?
apa salah, apa dosa dia pada ko?
kot mak die Ignore ko kat fb pon, bukan salah anak yang dimengandungkan.
[mak dia kan suka maen fb]
dahlah gua bengang budak tu hilang sebab mak die sebok duk maen fb,
tambah berita macam ni, aduyaiii.. kesiannye kat adik dirang tuh.
dirang sudah tidak girang lagi. al-fatihah untuk beliau.

pada mak dirang:
menangislah sepuas-puasnya.
update lagi facebook tuh banyak-banyak.
mintak friends ko doakan anak ko di sana.
lepas ni maybe ramai yang add ko.
kot da lebih 5000, bukak la akaun lain pula.
gua tumpang simpati. tapi gua tak boleh nak kesian kat ko.
awak yang senang dapat anak, senang-senang Allah bagi rezeki..
macamtu ko gi jaga amanat Allah tuh. 
memang lah takdir kan..
kot ko nak berserah sangat pada takdir, tak yahlah jaga anak ko pasni.
mainlah facebook tu puas-puas.
konon up to date lah ada facebook,
tapi tak up - up jugak pasal berita budak-budak hilang nih.
ko tak reti nak amik tau berita budak-budak hilang ke?
tak tau apa maksud pedoman ke? hampeh.
ye. benda dah nak jadi.
gua boleh ucap takziah dan sila lah bersabar.

pada si pembunuh dirang:
sejahteralah ko kat atas muka bumi.
terima kasihlah dekat ko sebab tolong ingatkan mak dirang tu jangan duk maen facebook sangat.
terima kasihlah sebab bagi bahan untuk sedarkan rakyat malaysia yang ramai tak sedar diri nih.
terima kasihlah sebab bagi gua memaki lu harini.
sukalah mamat khalid tu. ko terpengaruh ngan idea movie die.
asek duk bakor bakor bakor jek kojenye.
ni lah hasilnya.
semoga dengan berkat doa [doa ke sumpahan?] masyarakat atas muka bumi nih,
memang akan bahagia lah ko kat dunia nih. ko memang hebatlah..
ko jangan risau.. takkan tertangkapnye ko.
kes-kes sebelum ni pon senyap gitu jek.
pembako-pembako lain pon elok lagi duk berlegar-legar di kotaraya.
siap ada yang boleh masuk McD order big mac [bila marah, ingat makan]
kat malaysia ni ko jangan risau lah.
yang duk bom orang tu pon elok jek ke sana ke sini. siap masuk tibi.
dapat anugerah lagi.
semoga ko menjadi seperti idola ko tuh. ptuihhh !
tahniah la yeh. tak penat ko nak memikir nak meniti titian sirat lagi.
bangun-bangun jek, senang terus humban dalam sana.
gua tahu itu kerja Dia. tapi kamonlah.. lu bunuh budak tak berdosa kot.
bukan lu takut pun kan. lu suka main api, Dia kasi api la...
lu ingat lu langsi sangat kah.. gua lagi langsi maaa.. gua tak langsing jek.
gua kasi doa banyak-banyak, biar lu terima balasannya.
berani buat, berani tanggung la..

pasni kerja 999 masuk ladang sawit lagi lah.
parents. plz guide and guard ur children. plz.
jangan seronok sangat bila anak-anak tu suka duk menyebut 'kita bakor.. kita bakor..!'.
besar-besar esok kerja membakor jek kang.
bakor semangat takpelah. bakor line ke.. bakor cake ke..[makan lagi]


miniskirt notes:
semoga dirang girang dan tenang di sana. syurga tempatmu. inshaAllah.


Monday, March 12, 2012

hamunan terhenti sekali

pernah kena maki?
pernah kena hamun?
sape tak pernah meh datang dekat tadah telinga.
hahaha

lately gua asyik nak memaki jek kerjanya.
silap sikit, dah tekeluar makian hamunan secara berturut-turut.
bukan latah la. melatah biasanya gua mencarut. hehe
baru la thrill mencarut dalam latah. kurang sket dosanya.
tanpa niat katanya..

emosi banyak terganggu  lately.
macam-macam duk fikir dalam kapla.
duk fikir kadar jenayah malaysia yang tak pernah nak elok.
duk fikir masalah pembuangan bayi yang bermusim macam durian.
duk fikir kadar kemalangan yang hari-hari masuk berita.
duk fikir macam mana si fasha sandha tu jadi jugak kawen ngan jejai.
duk fikir kenapa kak wos duk tayang main badminton tapi tak pernah kurus.
hah. macam-macam lagi la.

tu belum lagi gua share ngan korang gua duk fikir macam mana nak pujuk tok laki ambe nak beli lipstick russian red MAC nih.
kot nak beli lipstick hak AVON, boleh gua order terus jek kat patry. kan cidah? aton?
janganla korang pelik bile gua nak beli lipstick kat pantry.
tempat kerja gua memang gini. mengkaji paranormal la katakan.

fikiran gua terganggu dengan benda yang bukan-bukan macam ni lah.
benda yang tidak bukan-bukan pun ada.
seperti macam mana gua nak selesaikan masalah sejuk nak gila kat opis gua nih.
orang gila pun tak sejuk macam mana gua sejuk duk kat opis nih.
tapi kami kat sini menggigil kesejukan sampai rasa otak dah beku then jadi gila.
meh ar datang opis gua.. sorang demi sorang gua boleh tunjuk sapa yang gila.
otak beku. damn you silly frozen brain ! ada ramai nih. meh ghapat. hahaha

dulu-dulu mak bapak gua selalu pesan
"jangan suka maki-maki. nanti rupa buruk macam b**i"
orang tua-tua kan diorang suka rhymes2 nih.
so, hak belakang tuh need to find an animal that ugly betty lah kan.
takkan nak cakap rupa buruk macam semut api?
awat gua tetiba blur binatang apa yang berakhir ngan sebutan 'i' [read: eeeeee] kat belakang nih.
apa lagi ek selain semut api?
surrender. mentol padam kat atas kepala.

gua ingat sangat pesan mak bapak gua tuh.
sebut bodoh pun tak boleh okeh.
tapi sebut menatang takpe pula.
if kat terengganu, perkataan menatang tuh dah jadi common lah.
dah tak rasa tahap kemakian tersebut.
"base nattanngggggg nih... !"
rilek jek gua maki adek gua.
mak dengar. derk. angkat kain jemuran.
see... itu perkara biasa.
tapi cubalah keluar word "babi mu !"
mak bapak gua  duk jauh 7 kilometer pon dengan segeranya datang lalu
"amboihhhh.. moleknya bahasa ! balik ke mu baru mu tau !"
kite lalu tunduk malu tahan nangis dan amarah tak lepas.
mak bapak mana suka dengar anak carut-marut kan.

stay away !;gugel
so, jika diberikan ku satu peluang untuk mencarut..
gua orang first yang angkat kaki.
gua taknak mencarut kalau boleh.
okeh. makian dan carutan adalah berbeza yeh.
"bodoh piang la hang nih! awat hang bangang sangat??!" - makian.
"celaka han****, p*****k nak mampos.. ! - carutan.

makian biasanya pada kejadian yang tak terkawal namun masih boleh dikawal.
carutan pula jatuh kepada kejadian yang tak terkawal dan tidak boleh dikawal.
hahaha. gua pun dah tak terkawal tengok gua punye justification.
maki pada diri sendiri jugak gua nanti nih.
bila gua marah or bengang, if keluar makian "bangang!" mood gua rosak separuh hari.
if gua dah keluar kata-kata berbaur carutan "b**i la haih orang nih!".. habes.
tok laki, sila pinjamkan telinga anda.
memb**ikan orang pada alaf ini adalah normal.
tak baek ye adek-adek termasuk adik-adik, nanti Tuhan marah.
hakak mahu isap. eh.. insap [read: insaf]
apa salah binatang haram itu pada kamu diperlakukan begitu.
"haram lah weih b**i tuh ! elok la jadi bahan mencarut"
awat hang tak carut "arak la ko nih ! perangai macam pembuat maksiat !"
haa.. sesungguhnya arak dan pembuat maksiat dua-dua adalah haram.
pasaipa hang takmo sebut??? hang suka kan.. dush !! [kena tibai ngan selipar jepun]

kadang benda makian dan carutan ni dalam hati jek.
tak terluah dengan kata-kata.
dulu, gua ngan membe-membe pernah deal.
"sape sebut b**i, kena belanja eskrem poli sebatang sorang"
kami berlima. dalam hati duk berdoa biarlah ada sorang yang sebut harini.
dapat aku makan eskrem poli. tanak yang cair. nak yang keras beku!
hasilnya.. sorang pon tak sebut weh. sampai la kami berpecah lima orang.
mungkin kami tak tahan tak sebut b**i, sebab tu lah berpecah kot.
"b**i betullah. tak dapat aku merasa eskrem poli free" kata gua dalam hati.

bila dah meningkat dewasa, rasa macam tak cantik pula jika suka mencarut.
alhamdulillah, berkat eskrem poli, gua dapat mengawal tahap carutan gua.
kadang-kadang tu terkeluar jugak if geram sangat. pas 3 saat, mari insaf pulak. haih.
tapi bab memaki, masih dalam proses pemulihan. hehehe.
ampun ya. saya budak baru belajar.
terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata, buat-buat baca paper tanpa berlaku apa-apa.

oleh itu, mari masukkan azam ini dalam senarai impian.
say no to "CARUT dan MAKI".
dulu-dulu if rasa tak puas hati, laju-laju pergi mandi.
sekarang, if rasa nak maki...
jeling kiri. wah ada roti ! sapu kaya. ngappp. enak sekali..


so, be nice to me ya !



miniskirt notes:
maki-maki lama-lama jadi daki.
carut-carut lama-lama jadi buruk.


Wednesday, March 7, 2012

benci sekali

dulu. when I was in standard 4.
standard 4 is in tahap dua's group.
konon masa tu sebagai seorang pelajar darjah 4, permulaan akhil baligh tu dah wujud sikit-sikit.
yup. darjah 4 adalah pada gua, pelajar sudah mula melangkau ke tahun senior lah kan.
sudah boleh buli membuli.
sudah boleh menjadi pengawas.
sudah mula terpilih untuk wakil sekolah dalam pelbagai pertandingan.
sudah - sudah laaa...
namun tetap tewas sebab terpaksa menahan perut melihat adik-adik tahap 1 rehat lebih awal.
hahahaha !

febret game time rehat; credit gugel


suatu hari yang hening...
seorang guru PJ merangkap guru muzik juga memasuki kelas kami.
yeaaahhhh... 4 melati. first class ok. [dabik dada]
gua lupa, zaman sekolah rendah guru lebih mesra dipanggil cikgu.
cikgu kami ini pada dasarnya gua sendiri pun pelik macam mana die boleh jadi cikgu.
time die ngajo muzik, die duk bercerita pasal ultraman lah. gaban lah.
main kutuk-kutuk nama orang lah.
buat suara watak-watak katun lah.
banyak melawak bodoh sahaja kerjanya.
masa PJ pula die yang terlebih over.
siap pakai full set track suit tapi tak pernah pun berpeluh.
mekap tebal yang amat. gua memang teringat lipstick merah menyala beliau.
sekarang gua pulak teringin nak pakai lipstick merah begitu. heish.
nasib baik beliau cantik. gua tak tipu.
beliau adalah sangat cantik dan bergaya.
plus datang sekolah drive BMW yeh.
dulu-dulu mana gua reti bergosip lagi.
so, gua tak sempat la nak join cikgu-cikgu lain bergosip.
akak-akak clerk tuh, harus lah bergosip tentang beliau kan.
tahun 1995, memiliki kereta BMW di terengganu adalah hebakkkk okeh !
gua amatlah sangsi kewujudan cikgu ini.
ada juga akak-akak senior yang mengatakan beliau adalah isteri orang kaya.
saja suka-suka mengajar.
bangang kan saja suka-suka mengajar??? nasib pelajar terletak kat tangan beliau kot.
patutlah ko mengajar muzik ngan PJ jek wahai cikgu A**L* wehhh...

tapi takpelah. nasib baiklah  jugak beliau hadir memberi cahaya.
jika tidak, penatlah gua dan rakan-rakan seperjuangan nak menjaga kelas if time muzik or PJ takde cikgu.
penat tau kite nak kena jaga kawan-kawan jangan bagi berkeliaran luar kelas.
jangan buat bising.
jangan main tutup botol.
jangan main pepsi cola.
jangan main kejar-kejar pastu jatuh pastu marah pastu main baling pemadam papan hitam pulak.
penat tau kite nak tulis name sekor-sekor kat papan hitam.
pastu kite lupe salin kat buku report nak bagi kat cikgu disiplin. hehehe
eh. gua tak bagitau eaa gua ialah pengawas sekolah? lupe pulak [hidung kembang]

akak pengawas disegani ramai;
gambar sekadar hiasan; credit gugel

apa gua nak cerita sebenarnya bukan pasal cikgu tersebut.
haram laaa duk mengarut tang lain pulak.
tak berkat la duk kutuk cikgu kan.
walaupun hakikat cikgu tu tak berapa hado ciri-ciri cikgunya kan..
selamatlah beliau dunia akhirat.

yang gua nak cerita di sini adalah:
pada suatu hari tu, si cikgu muzik / PJ kami ni masuk kelas time subjek muzik.
ok lah. gua namakan beliau 'cikgu A'. nama tak berapa nak sebenar.
cikgu A ni masuk-masuk kelas suruh kami keluarkan sehelai kertas kosong.
dah biasa lah tuh. beliau memang tak pernah lekang ngan idea-idea bangang beliau.
then die cakap camni:
"ok. sekarang semua tulis kat kertas tu nama orang dalam kelas ni yang awak paling suka dan nama orang yang awak paling benci. nanti hantar kat saya. tulis nama awak sekali."

ok. arahan diterima dengan jelas.
gua pada memula ingatkan macam cikgu ni nak uji dari segi psikologi la kami 1 kelas nih.
sebagai seorang pelajar yang belum akhil baligh dan suci pemikirannya,
gua pun selamba lah tulis.
"saya suka: ........................[perempuan]"
"saya benci: ......................[lelaki]"
maka celakalah siapa yang berkata gua adalah suka pada kaum sejenis.
si perempuan itu adalah merupakan besfren gua kat kelas tersebut.
si lelaki itu pula adalah budak laki yang baru je gua sebat ngan feather duster b4 cikgu A masuk.
hambeklaaa... rasakanlah api amarah yang belum reda disimbah minyak soalan begitu pula.
tak pikir panjang, dah tulis hantar terus. bangga tulis nama penuh gua sekali.

gambar hiasan; jangan dimimpi gua kurus sebegitu; gugel


padah. tak padah jugaklah.
sekali si cikgu A ni rupanya pi baca one by one hasil karangan kami tu kat 1 kelas.
dannnn.... gua punya luahan hati adalah yang pertama dibaca. haram j kuasa 2.
so, disebabkan si budak lelaki tadi dah dengar gua dah hantar nama beliau sebagai yang dibenci,
beliau mula berdendam tak puas hati.
lantak kau lah. bukan gua sorang, rupanya setelah dibaca habis, ramai jek yang tidak menyukai that boy.
hahaha. padan muke muuuu.....!
disebabkan kejadian itu juga, tiap-tiap hari la kerja gua nak bertumbuk jek ngan die.
maklumla, gua kan best student yang glemer.
selalu dihujani dengan tetamu dalaman dan luaran kelas.
so, gua agak sibuk ke hulu ke hilir dalam kelas.
[padahal ko memang jenis kuat melepak tempat orang kan..]
asal gua lalu je tempat die, die pukul. tahan kaki lah.
memang cari nahas kan.
mula-mula gua macam syak jugakla kot2 die syok kat gua.
boleh tambah 'crush collection' kan. hahaha ! bangang. tak hensem langsung.
tapi takde maknenye. alasan die adalah sebab gua kasar macam lelaki.
so, as anak ustaz die tak suka perangai kasar gua. pompuan kena lembut-lembut katanya.
pastu sebab gua pergi tulis nama die as orang yang dibenci. puihhhhh.
pegi mati la haih. gua bukan pernah sentuh die pon. cari pasal memang padah la kan.

nasib baik la gua ada besfren gua merangkap bodyguard gua 'My Incik Apex'.
korang ingat si tembam tu sorang je ke ada incik apek??? tembam  ke runcing.
runcing tak sesuai la pulak. sempat lagi bergosip di situ. teetttttttttttt.....
si apex ni la yang selalu duk tahan gua bila gua nak lawan balik budak tuh.
sakit sial kena pukul ngan budak laki.
apelah sangat if kita melawan balik sedebik dua dak...?
tapi apex cakap kat gua "sudohla wehhh.. mu tu beso. die tu kurus je."
aku bangga dapat kawan jujur pe mu apex wehhhh.. bangga sekali ! [air mata darah]
start darjah 4 tula, gua belajar membenci orang. sorang tu je pon.
hati putih suci gua sudah dicemari.

tu jelah sorang-sorangnya manusia yang gua benci yang gua ingat sampai sekarang.
ex gua yang wat celaka beribu kali celaka tu pun gua tade la benci sampai tahap dewa gitu.
cukuplah masuk dalam list sorang saja.
namun, sejak kebelakangan ni ramai pulak gua jumpa calon-calon yang sesuai untuk masuk list
"orang yang saya benci..............".
patutkah gua teruskan niat carta hati gua tersebut??? jeng jeng jeng.
patutkah gua kembali ke zaman tumbuk menumbuk dahulu.
incik apex sudah jauh. tiada penghalang lagi. [genggam penumbuk]

oh hati, bersihlah dikau.
oh akal, waraslah dikau.
cukuplah sorang. tu pun dah keluar carta sebenarnya.
bila darjah 6, dah stop dah gado. dah akhil baligh la katakan. eh yeke? lupe
dah tak tahu apa berita dah budak tu pun.
ke gua nak buat list baru?? ermmmmmm..

bila gua rasa mula hendak membenci seseorang saja, gua teringat kisah tersebut.
pejadah la cikgu A tu pergi tanya soalan gitu kan?
tu je pun satu-satunya bahan mengajar yang gua ingat tentang cikgu A.
ajaran lain haram gua tak ingat. ntah-ntah memang tak mengajar ape pun...
sepatutnya cikgu A lah mendahului carta nih.
dah buat gua belajar benci kat orang. busuk punya cikgu !
takde topik lain ke ko nak diskas? suka kotorkan hati kanak-kanak suci macam aku kan...

gua duk pikir lagi.. patutkah gua buka balik buat list baru...
"orang yang saya benci............... 1. "

apex, if u read this, trust me dat i wont listen to u anymore.
this punch is served to person who deserves.
hahahahaha !!!
niat je tuh. apex tade, ingat tok laki ambe boleh biar je ke??
hehehe..
isteri mithali hendaklah menjaga tingkah laku dan jaga nama baik suami.
disebabkan itu, kebencian saya padamkan dari hati.
wahai benci, pergi jauh dari sisi.
benci hanya sekali.
saya tenang sekali..
i wish; gugel



miniskirt notes:
dear haters: tak sempat gua tumbuk, tok laki dah tumbuk muka kau dulu kot ! 

Saturday, March 3, 2012

buta sekali

tadi gua belek-belek paper berita harian.
belek-belek di internet. [belek-belek ke tekan-tekan ke?]
gua jumpe berita ini.

credit: berita harian 030312

hmmmm. gua kagum.
tergamam pun ada.
terpesona pun ada.
terhairan pun ada.
gua salute la pada perancang dan pembina masjid ini.
pendesign pun sekali gua salute [tetiba lupa designer dalam BM apa]
masjid kayu. tiada paku.
agaknya kawasan ini mungkin wujud pontianak.
paku laris, lari dibeli oleh penduduk kampung. wahh.. laris sekali !
ngehngehngeh.
untunglaaaa jika pontianak secantik maya karin.
jika secantik makcik leha jual pulut lepe, lariikkkkk..

tiada paku itu adalah satu keunikan.
gua zaman sekolah dulu pun, buat rak tuala je da berpuluh2 paku gua guna
tak cukup yang kita punya, membe sebelah duk syok menukang, secara halus gua pukau beliau dan curi paku beliau.
hesh. patutlah gua kena ambil Kemahiran Hidup ERT.
rak tuala tak berkat. senget benget.
jangan kata tuala mandi, sangkut tuala wanita pun boleh tumbang
jiwa seni macam gua ni memang sesuai menjahit jek.
bab tukang-tukang serah saja pada yang pakar.

tapi agak hairan lah cara mereka menyelenggarakan masjid ini ye.
macam mana mahu dijaga dan dicakna orang ganu kate masjid yang hampir 100% kayu ini.
tak reput kah? tak kembangkah kayu? tak dibaham anai-anai kah?
teringat masa zaman muda-muda dahulu.
penat gua dan bapak duk mengecat minyak hitam di tiang-tiang, lantai dan dinding rumah yang dibaham anai-anai.
[yela yela.. bapak gua lagi penat. gua banyak tolong sibuk je]
buatlah macam mana pun. selang sehari dia datang lagi.
kalau tora datang lagi, gua suka...
anai-anai datang lagi, ana boleh jadi gila la..
sangat dasyat gua rasa.

yelah. betul lah , masjid itu rumah Allah.
harus dijaga rapi, dijaga ketahanannya, dihias cantik di dalamnya.
tapi bagi gua, bukan ke lebih elok jika hiasi dengan bilangan kandungan yang mengunjungi masjid tu dulu.
betullah masjid yang unik dan menarik akan menarik lebih ramai pengunjung
dan dapat attract pelancong
tapi jangan umpama dijadikan masjid itu sebagai bahan pameran saja.
jangan la sampai lari dari tujuan asal masjid itu dibina.
masjid pun pada asalnya hanya untuk sediakan tempat bagi jemaah untuk bersolat
cantik macam mana pun masjid tersebut, jika yang rutin mengunjunginya tak sampai pun 20 orang,
harus dititikberatkan.
kadang-kadang yang ramai pun bukan berjemaah.
datang saja-saja niat nak ambil gambar. [gua lah tuh. hehehe]

kat terengganu ni memang masjid bersepah.
memang tipu la if orang cakap pergi terengganu susah nampak masjid.
tok laki ambe, first time driving along the way to terengganu pun dah perasan dah terengganu kaya  ngan masjid.
masjid-masjid yang glemer masjid terapung kuala ibai n masjid kristal.
tapi yelah. if korang berkunjung ke terengganu, lapang-lapangkanlah masa menjenguk dua masjid ni.
sila la intai ke dalam tengok berapa kerat jek jemaah yang ada.
not to mention lah time solat jumaat or solat sunat aidilfitri/aidiladha kan.
time tu ramai pun warga perantauan.
nak harapkan warga sekeliling, mungkin setakat suku masjid je kot.

masjid terapung tu. sekarang pun ramai orang pergi pun sebab wujudnya tempat-tempat rekreasi di sekitar masjid tuh.
siap ada yang berkelah kat belakang masjid.
ko mampu picnic bagai area masjid??!!
if masjid tuh bernyawa, dah lama dah die duk menangis merayu-merayu supaya orang datang padanya.
kecik tau hati die bile tengok orang lalu depan die tapi hakikatnya just lalu sebab nak pegi maen bowling kat TER, ramai yang nak pegi picnic kat lagoon or ramai mat-mat rempit ngan minah-minah rempit wat port melepak belakang masjid.
yang berdating pun ada. haram jadah betul.
gua pernah pergi dulu, siap ada yang jadikan parking lot area masjid tu port untuk race remote controlled car.
bangang betul la haih.
apalah motip korang pergi maen menatang tu kat masjid kan.
tu belum lagi yang datang situ duk heret awek-awek yang pakai baju tak cukup kain.
masing-masing datang masjid pinjam baju adik kan.
pastu duk berkepit-kepit tengok lumba kereta kawal.
yelah.. nak pergi tengok F1 tak mampu kan bang??? sedehhhhhh !
manalah sensitiviti korang.
yang tempat rekreasi bowling, badminton tu ok lah lagi.
yelah. after riadah, boleh singgah solat kat masjid kan. senang.
tak ada lah alasan sebab beriadah penat nak balik solat lah, penat nak cari surau lah. kan
cumanya, harapan gua yang aktiviti-aktiviti lain tu elok lah dipantau.
kawasan masjid kita kenalah pelihara.
bukan tempat berdating, bukan tempat nak menjerit-jerit duk tengok kereta kawal berlumba.
[kaedah sangat kan. macamlah kereta tu dapat dengar korang menjerit]
bukan tempat untuk bersuka ria.
bukan tempat untuk dikotorkan dengan plastik-plastik sampah dan pinggan, cawan polistrene bekas makan nasi lemak sambal sotong berkelah tadi. [alamak. ngidam nasi lemak lah pulak. sambal sotong. aduhhh]
jagalah kawasan masjid, jagalah hati masjid tuh. masjid tu rumah Allah.
lagi perlu dijaga, penilaian Allah terhadap apa yang kita buat terhadap rumah-Nya.

masjid kristal pun. jemaah pun berapa kerat jek.
yelah. gua pun pernah masuk untuk ambil gambar jek.[hew hew hew..]
tapi yela kan. masa tu gua da solat kat rumah. pergi untuk outdoor photoshoot. hihi
memang lah tak salah untuk bergambar.
cumanya sedih bila tengok masjid-masjid ini umpama dah dijadikan bahan pameran saja.
apakah motif sebenar di sebalik kejadian.
macam kat k.l ni hah.
masjid wilayah ngan masjid negara.
dua-dua masjid adalah cantik dan unik.
dan ianya dibina di lokasi yang tepat.
hari-hari biasa, hari-hari jumaat, hari-hari puasa dan hari-hari raya pun sama je meriahnya.
disebabkan lokasi yang strategik yang memang tempat orang ramai dan laluan orang.
nak dibandingkan dengan masjid kristal yang agak tersorok sikit tu dan rumah-rumah penduduk sekitar yang tak berapa ramai tu, sangat besar bezanya.
bina masjid besar-besar, cantik-cantik area jemaah yang memang dah tahu tak ramai, sedih sikitla hasilnya.
kalau kat area batu burok ke, tengah bandar ke inshaAllah, bertambah lah bilangan jemaahnya.

berbalik kepada masjid kayu tadi tuh,
setahun dua ramai lah orang datang.
dah lama-lama nanti orang dah rasa biasa dah.
takde makna orang nak pergi tilik kayu-kayu, tebuk pasak semua tuh.
orang mana nak kesahlah haih ada paku takde paku.
janji selesa dan bersih untuk datang beribadat.
ni kalau binalah masjid tu cantik macam mana pun, if persekitaran dan dalam masjid tak dijaga still wont attract people to go there.
harap-haraplah masjid ni bukan hanya untuk pameran lah kan.
duit-duit derma bertambah tu alhamdulillah.
harapnya berkekalanlah semua tuh.
jangan nanti sampai tak terjaga, duit derma tu duk wat beli racun anai-anai jelahhh....


konsep dinding - janda berhias?????? erkkk..

btw, gua bukanlah memandang sinis sangat pembinaan masjid-masjid cantik nih.
seharusnya memang masjid adalah cantik waima macam mana pun ianya dibina.
cuma, tolonglah jaga keserian dan kemuliaan masjid tuh.

miniskirt notes:
meriahkan jemaah. bukan meriahkan pencuri tabung masjid.