Monday, February 13, 2012

lawan sekali

mana ada manusia yang sama dalam dunia nih.
yela kalau ada yang 7 rupe serupa pon. tapi masih tak sama.
kalo kembar pon masih tak sama.
kenapa nak mengharapkan kesamaan kan?
tak sama lagi bagus pe.. lagi unik pe...
kan? kan? kan?

ramai la duk bagi pendapat kalau nak berkawan, nak bercinta even nak kawen sekalipun mesti nak cari teman yang punya banyak persamaan.
tak menarik langsung dowh !
trust me la. [reliable source]
sama tu tak best. bukan sekali, berkali-kali tak bestnye.

gua tak paham lah kalau bangse2 yang jenis sume nak kene meet requirement die.
sume nak kena same ngan taste die.
adat la kan kalo orang tak suka ape kite suka.
ko nak expect boipren ko suke pink macam ko ke?
suke jeans ade blink2 macam ko ke?
suke rambut rebonding macam ko ke?
aduyaiiii... kalo da sume same, da macam unipom umah ank yatim dek..
sume nak kena sedondon.

sedondon jadi spongebob. sape nak jadi patrick?????

kalau dari segi dress up ok lah jugak kalau nak same.
wlapon kadang-kadang gua stress gak tgk couple hak duk pkai baju same nih.
da macam promoter digi gua tengok.
tegur kang, nanti ade org rekod plak upload kat youtube.
dah gua glemer setaraf Ustaz Don. takpon Ustaz Azhar. takpon matluthfi. takpon najwa latif.
takpon klip 3gp. takpon budak gemuk yang marah2 org amik vid die lalu jatuh tuh.
gua rase gua mcam budak gemuk tu kot. gua kan chubby dan kiub. eh silap. kiut !
ok. kembali ke pangkal jalan.
bab baju membaju ni ok lah. not a big deal la kan.
mebi ramai jek kot budak2 skang yang suke pkai baju same kapel2 nih.
sehidup semati katenye.
die tak tahu boipren die ade lagi lima baju mcm tu dlm lemari. hahaha !
[opppss. terbuka rahsia kawan sendiri pula]
kadang gua macam teringin jugak nak sweet2 kan. ala2 kpop kan pkai baju same ngan tok laki.
tapi yela. gua ni size ms.read kot..... nak cari utk tok laki, mane ade shop mr.read.
so, takpelah. lagipun, ktorang kan bajet stylo. masing2 style masing2 la kan. hahaha. [sila geli tekak]

tapi gua takleh paham yang mane-mane individu ni nak cari partner yang minat and perangai kena sama.
mane boleh babe. kesamaan itu takkan wujud.
kalau wujud pon, tipu jek tuh. percayalah...[high note]
ada yang suke bebenor bile dapat someone yang kononnye punyai jiwa dan minat yang sama dengan beliau.
kejap jela tuh.

ko minat extreme games. partner minat extreme games.
sape plak nak kene urut time penat?
ko minat shopping, partner minat shopping.
sape plak nak sponsor?
ko minat hindustan. partner minat hindustan.
dah tu sape nak tolong pergi beli makanan time ari sabtu jam 2 petang?
[eh. macam pengalaman]
memang seronok jika ada minat yang sama.
namun, tak boleh la semua nak sama kan.
kelainan itu membawa banyak idea dan perkembangan pada kita.

tengok parents kita sudah.
samakah perangai dan minat mereka?
samakah cara fikir dan jalan penyelesaian mereka?
samakah idea pendekatan mereka kpd kita?
tak sama bukan.
kalau sama, kita jugak tak seronok.
nak beli baju, mintak duit kat bapak. bapak tak kasi. mintak kat mak.
mak slow talk dengan bapak, bodek-bodek sikit dah dapat.
mak best. sentimental jek. bodek-bodek sket mesti mak lembut hati.
bapak keras hati. nak apa-apa kena ada usaha sendiri.
cuba bayang kalau dua-dua lembut hati.
kita takkan jadi 'orang' kot. semua nak, ikut. last2 kita hanyut.
cuba bayang kalau dua-dua keras hati.
kita takkan jadi 'orang' kot. pasal kecik-kecik mesti selalu kena tibai hidup-hidup. last2 kita jadi taiko. hahaha

bila minat berlainan kan seronok.
kamu minat bola sepak. die minat bola tampar.
time gaduh, kamu boleh sepak die. die plak boleh tampar kamu.
takdelah injured di bahagian yang sama kan. takdelaahhhh...
itu hanya cadangan. tak buat takpe, buat dosa.
yela. bila die sakit tangan, kamu boleh urut....
bila kamu sakit kaki dan badan, die boleh pijak-pijakkan...
kan ke romantis bunyinye tuh....
kamu minat fashion. die minat gadget.
boleh la saling berkongsi info kan.
takdelah kamu kena tipu nak beli henpon canggih kat pertama complex.
yela. kamu kan nak pakai henpon canggih untuk maen FB sajork.
supaya tak nampak kamu macam mengabeskan duit berlagak up to date, die boleh la tolong ajarkan application2 laen yang boleh guna. kan?
kamu pulak boleh la ajar die fashion.
takdelah kamu biarkan die pakai jeans nampak lurah bontot kan.
die pulak takdelah biarkan kamu pakai selipar jepun jek pegi tengok teater kat Istana Budaya kan..
dua2 gile gadget. sape nak masak nih?????

gitulah lebih kurang.
gua dan tok laki pon ade minat yang sama.
ada jugak minat yang tak sama.
minat tak sama:-
eg. tok laki suka mudah.my... gua suka beautifulnara.
tok laki update carburator motor.. gua update khairul fahmi ada scandal baru pula. [jahanam !!]
minat sama:-
eg. makan
tok laki suka makan. gua suka makan. pastu masing-masing gaduh sape nak cuci pinggan.
hahahaha !!!!!!

miniskirt notes:
sama itu bosan. lain itu pengalaman.

Wednesday, February 8, 2012

tabiat sekali

bila tensen lapa.
bila lapa makan.
bila makan kenyang.
bila kenyang malas.
bila malas gemuk.
bila gemuk marah.
bila marah tensen.
bila tensen lapa.
bila lapa makan.
bila makan kenyang.
bila kenyang malas.
bila malas gemuk.
bila gemuk marah.
bila marah tensen.
bila tensen lapa...

jangan nak tuding jari kat orang laen.
semua jadi salah diri sendiri. lantak situ.
bila dah salah sendiri, betulkan sendiri.
sendiri mencekik, sendiri membuang.
hadapilah kenyataan.
berdepan realiti.

gua dah biasa berdepan dengan orang yang selalu mendoakan gua sihat. Alhamdulillah..
merata-rata pergi mesti ada orang cakap "Sihatnya engkau..... bla. bla. bla.."
Gua gembira dabik dada. Ingat senang orang nk doakan kite sihat?? Tak senang. Payah haih...
Cukup 40 orang cakap gua sihat, gua akan sihat dengan jayanya.
Individu X:  "Apa khabar Sedap??"
Gua          : "Sehaaattttttt........" [6 harakat]
Individu X: : "Alhamdulillah....."
So, gua takdelah menipu kan. Bile tengok live, orang dah nampak kesihatan gua.
Takdelah cakap sihat, tapi pipi cengkung.. perut nipis melayang.. jalan pon thuyung hayang..
hehehehe.

Gua sehat, gua ok.
Gua tak sehat, gua tak ok.
Tengok atas, tadah tangan..
"Allahumma baariklana fiima razaktana wakina a'zabannaaarrr"
Amalkan doa ini selalu InsyaAllah antum antunna akan sehat macam ana..
[bila doa terus tuka mood ustazah. kekdah]

Credit Encik Google

miniskirt notes:
Selagi pihak berwajib tak mengarahkan.
Hukum wajib tak jatuh.
Abaikan lalang dan radio-radio buruk.