Friday, December 28, 2012

kawan sekali

Hey kawan kawannnn...
Alamak. Lupa bagi salam lagi.
Assalamualaikum.
Hey kawan kawannn.
Kita bukan mahu lawan.
Kita cuma cari teman.
Buat penghibur di kelapangan.
Hey kawan kawannn.
Jangan nak pelik jangan nak heran.
Jika ku sound mu umpama meroyan.
Kita kan kawan,
Mesti mahu tegur kawan kawan.
Hey kawan kawan.
Gua tak kisah gua dilupakan.
Janji tanggungjawab gua tunaikan.
Fungsi gua sebagai seorang kawan.
Hey kawan, yaaa.. Lu lah kawan.
Gua bukan mahu lawan lawan.
Cukuplah la kalau lu sudah ketahuan.
Cukuplah lu faham apa gua katakan.
Kita kawan mesti mahu terima teguran.
Baik buruk mesti mahu telan.
Jangan biar hati dimakan perasaan.
Lu pun ada fikiran.
Baik buruk lu boleh tentukan.
Agar kelak kita dapat keuntungan.
Hey kawan. Gua bukan lu punya lawan.
Gua hanya mahu memberi peringatan.
Ingat, kita semua akan 'ditelan'.
Yang baik jadikan tauladan.
Yang buruk jadikan sempadan.
Mati kita orang lupakan.
Hanya doa orang jadi peneman.
Amalan di dunia dibawa bekalan.
Ini gua sudah pesaaaannn.
Kita semua hamba Tuhan.
Allah sudah banyak berpesan.
Jadikan Al-Quran sebagai panduan.
Dalam menjalani kehidupan seharian.
InsyaAllah kita pasti dapat habuan.
Moga hati dilitupi ketenangan.
Moga akal fikiran sentiasa ditajamkan.
Sambil sambil minum teh secawan.
Apa kata sejenak direnungkan.
Harini ada apa bekalan?
Persediaan sebelum dirotan, tak berteman. Kesian.
Inilah kita, seorang insan.

Tuesday, December 18, 2012

hasutan ablasa sekali

Assalamualaikum.
Few days ago, adelah seorang kawan gua ni telah memesej gua secara privasi di FB.

Ayatnya begini:
"Salam oren. ren ren ren. (aduh. kawan gua yang ni mmang suka bgurau). Aku nak minta pendapat sikit ni. Kalau ko tak keberatan. Ko ada tak contact lagi dengan si M... tu? Haritu dia ada mesej aku. Nak pinjam duit katanya. Dia cakap kat kawan2 lain pun dia ada mesej jugak bagitahu nak pinjam duit. Aku ni dah lama tak dengar cerita dia weh, tiba2 muncul nak pinjam duit. Aku tak reply. Disebabkan aku ragu2, aku tengok wall dia. Manalah tahu FB dia kena hack ke. Tak pasal-pasal aku masukkan duit, dapat kat orang lain.
Sekali, aku tengok bukan main meriah lagi wall dia dengan gambar2 dia berjalan sakan dengan boipren. Ha, boipren pun dah tukar. Bukan mamat kerja kat VADS tu dah. Yang ini lagi teruk parah je aku tengok. Upload gambor sedang mabuk pun okay je. Gile lahhh. Apa nak jadi dengan kawan ko ni sorang oren weh. Ada satu gambar tu, siap tayang duit weh. Tebal pulak tu. Posing ala-ala bentuk kipas tu dengan duit dia. Gambar tu baru lagi. Dalam dua tiga hari sebelum dia mesej aku nak pinjam duit tu. So, aku agak mesti dia kena rompak lepas dia tayang duit tu kendian mulalah nak pinjam2 duit orang kan. Kesian. Aku pun mesej lah kat wall dia "M.... lama siot tak jumpa ekau. Call sei, ada benda sei nak tanya. Nmbor 013 esei yang lama!".. Tup. tup tak sampai sejam aku drop mesej kat wall dia, terus call aku okay! Gila hadap duit aku lah tu! Aku tanya dia semua lah kenapa nak pinjam duit bagai ni sedangkan aku tengok bukan main meriah ko kat FB ngan boipren baru pakai rantai mas. Hahaha!! Pastu dia cakap dia nak guna untuk bayar hutang orang. Pinjam dengan aku pastu nak bayar hutang orang. Aku bajet dia ni main gali lubang tutup lubang ni. Pastu aku cakap dia, aku tak boleh nak bagi sebab aku pun tengah sempit. Gaji mana masuk lagi. Sekali dia maki-maki aku. Dia cakap lah kalau tak boleh bagi tak payah lah suruh dia call. Membazir kredit dia je katanya. pastu cakap aku ni sengaja nak bahankan dia lah konon nak menganjing dia sebab dia dah tak de duit nak pinjam2 orang. Hahaha! ko tengok oren, kawan KAU.. hahaha! Okay. Sebenarnya tujuan aku mesej ko ni, memang nak keji kawan ko tu pun. Dulu beria kutuk aku kan, skrang cari aku pulak. Ceih. Boipren aku polis prebet FRU je pun tapi tak de lah sampai sengkek aku ni. Bukan main kutuk aku kan. Padan lah dengan muka. Ko tolong nasihat sikit oren kawan ko ni. Berbulu pulak aku tengok duk tayang2 macam kaya kat orang padahal mengemis!"

disebabkan gua update guna ipad, gua tade mase nak bubuh screen shot bagai. sume gua copy and paste sajork. kemudiannya gua reply lah mesej beliau tersebut, begini pula bunyinya:
"Takmo lah aku masuk campo hal korang. kang tak pasal die cakap aku nyebok. ko setel sndri la haih. da tau die camtu, lenkali tak yah la ko caye die dah. tak yah kwn  terus lagi bgus bai...... weh, bak mai pos kat aku rambutan skilo! meriah nampakkkk merah2 kat umah lu!"

Ok. ayat hat last tu memang tade kena mngena ngan cite nih. itu adalah penambah perisa saje. uollss sila lah abaikan.
Sambung cite. Maka, reply lah pula sahabat gua ini, begini caranya:
"Sudahlah ren. Ko dari dulu memang keje nak bekap je kawan kau tu. Aku mintak tolong sound pon tak boleh. Gitulah member.....Nak ke ko tengok member ko makin hanyut gitu. Malu weh nak mngaku member. Ape dahhh.."

Nak tau gua reply ape? "Jadah la ko!" SEND!

Hambik kau!. Haaa.. Gewam ittew nih! Gua memang tak paham betul ngan spesis siput sedut macam nih. Gua pulak yang kena? Gadoh ngan orang lain, tak pasal2 nak libatkan gua sekali. Gua paham niat die nak sruh gua tabur budak tu. tapi camonla.. Gua skrang nih dah insap, tak buat dah kije2 pukul orang nih. Hahaha! Kite kan dah matang, amende bahase la pulak nak drag2 orang masuk gadoh skali nih. Pastu, memula kate nak mintak pendapat. Aku dah bg pndapat, aku pulak kena tabur. Banyak cantik muka ko. Pastu soh aku pulak pegi sound bdak tu hah. Ko ingat aku downline ko? Ko ingat kite adik bradik 3 garisan? Pegi matilah weh... Aku tak tabur ko balik dah cukup bagus dah.

Kadang gua agak konpius ngan orang2 yg cenggini. Nk mntak tlong kite dgr msalah eh, kte dgr. Nk mntak tlong bg pndapat, kte bagi. Tapi ko tak payahlah nak drag orang skali dlm msalah trabel problem ko tuh. Tu diaaa.. Bganda gua bagi. Ko takde kije lain ke ape nak laga-lagakan orang masuk team ko kononnye nih. Hadap sangat aku nak jadi geng ko? BLAH. Kite kat dunya nih *cewaah.. ayt hijabster*, jumpa macam-macam ragam pe'el prnagai orang. Tapi ko takkanlah nak bermusuh ngan semua org. Pendekatan tu berbeza. Bukan semua orang jenis hat dgr kate, jnis hat lut dngan nasihat. Die nak jadi gitu sukeati die lah. Bukan die tak tau ape yg die buat tu right or wrong. Kte masing2 tau kan. Masing2 sedar ape betul ape salah. Takyah ko nak paksa2, nak pegi sound pulak orang tuh. Die tanggung sndri ape die buat. Settle. Betulla kite kne tegur, tapi ko nak tegur lagi bnde dah terang2 silap dia buat? Die dah sedar die tu mmang pretend like hado2 padahal nan hado and she even don give a damn care bout it, tetibe kite plak nk nyibuk pi tegur die. Ko ingat die kesah?? Azwan ali pon tak kesah la eh! Tetibe pulak gua..Kot tetibe kantoi abis kat orang masa tu lah kite muncul sambil bcekik pinggang, tenyeh sirih di mulut lalu luahkan.."Padan muko ekau!"

Haa.. gitu caranya. Gua mmang bangsa malas nak amik tau hal orang nih. lagipun, gua tak friend pon hah ngan bdak M tuh kat FB. takdo makno eh nak pegi2 sound orang dengan kadar serta merta nyeh. kalo bnde jadi depan mato den hah, takpolah. kasi sebat sedass pon gua takdo hal. samseng gua nih! *pintal misai*. Renti-rentikanlah prangai nak jadik firestone nih. Malu kek orang haih. Mike tu udoh beso, udoh pndai pikior. setel sndri.



Nota kaki:
Jangan sampai gua trbakar, fireman pon takleh tolong. Huh!! *asap kua kat hidung*

Wednesday, December 12, 2012

Doblas sekali

Its 12.12.12.
Salam.
Kenalah update blog pada date yang konon keramat kan. Barulah follow hipster and hijabster. Serta gangster!
Ramai pulak yang melenting bila orang duk ingat 12.12.12 compared to 12 Rabiu'awwal. Camon peeps..
Tarikh tu hanya nombor. Nothing else special. Depa nak nikah date ni pon suka hati depa lah. Mungkin sebab nak bagi senang ingat. Senang la nak dapat hadiah. Cer uollss kawen 23.8.1979. Hah! Tak ke menangis nak ingat tuh? Gua choose 06.06.09. Senang jugak lah. Lagipun memang kepala duk ingat '69' je pon. Hahaha! Ok. Tak lawak sangat. Gua bukan balas.

Nak berdakwah, nak beringat pon biar pada gaya. Bukan nak kena tunjuk best pon. Kawan ko yang up status pasal 12.12.12 pon mana tahu dia lah yang duk pegi stadium tiap tiap tahun celebrate Maulud Nabi pada 12 Rabiu'awwal tuh. Sedangkan uollsss nak tengok kat tv pon nam hadooo..!
Lagipun takkan la orang tuh meraikan 12.12 ni terjejas akidah mereka. Kalo meraikan 14.02 lain la kan.
Aiseyy.. Main nombor pulak akak malamni uollsss. Tergeliat jugak jari gua nanti nih.
Ramai lah tetibe capai tudung ngan serban bila ramai duk up status pasal 12.12. Tak ingat 12 Rabiuawwal katenye.
Gua salute for reminding others brader sista. But, its juz numbers kot. Esok senyap la mereka. Tapi gua janji, on this coming 12 Rabiuawwal, timeline will go merrier than today. Jangan risau dan gusar sangat. Rileks.

Till then.
Babai uolllssss!!

Nota kaki:
060609. Bukan letak saja saja. Bak hadiah enibeseri!

Monday, December 10, 2012

Sepi sekali..

Assalamualaikum..
Malam yang sepi pi pi pi..
Gua tonton labu labi bi bi bi..
Haji bakhil yg bangang ngang ngang ngang..
Gua rasa mahu lempang pang pang pang..

Sudah lewat malam, gua masih cekal di depan tv uollss. Labu labi punye pasal.
Dah nyaris nak masuk bilik, terbaca pulak tweet pasal cite labu labi. Tak lepaskan peluang, remote dicapai. On tv, sandar kat sofa, kaki naik atas. Rumahku syurgakooo.. Bhaiya, teh tarik satoooo! Chewah. Over imaginasi gua.


Gua ni lemah sikit dgn cite2 p ramlee nih. Tak nonton macam serba tak kena. Ke lemah banyak ke.. Haih. Tengok la brape kali pon masih tidak mencapai kepuasan sebenar. Ayat sgt cliche kan uollss.. Ade ke gua kesah? Tidakkk sama sekali.

Agak2 ni around 1230 baru habes cerita nih. Macam tak biasa tidur lambat uollsss. Gua kan masih berjiwa remaja. Cantik lah esok pagi ada assembly kat opis. Iyaaaa.. Assembly uolls. Kaw hado?? Kalo assembly on Monday, confirm gua dah buat2 sakit perut lepak bilik sakit. Jangan lupa standby minyak cap kapak ye adik2.. Hahaha! Tektik lama woih! Tapi disebabkan esok is Tuesday, so tak pernah dibuat dek orang Tuesday blues. Sila lah bersemangat waja, wira dan satria neo untuk mghadiri prhimpunan esok pagi. Chalo bettey!

Eh. Sebenarnya nak tulis pasal cerita Labu Labi ni kan. Hareemmm. Pegi melalut benda lain pulokkk. Well. Itu normal.

Okeh. Sebenarnya gua hilang idea. Haha!
Till then.
Babai uollsss!!
Macamni punye ending pon buleh kan. Hentam!

Nota kaki:
Gua sebenarnya takleh focus duk gelak kat m zain jahanam nih. Pffftt!
Maafkan saya incik, incik baik saya setan. Hahaha!!!

Sunday, December 9, 2012

lagak sekali dan berkali kali

Assalamualaikum..
Haa.. Tu diaaa. Weollss dah install blogger kat phone. So, blog boleh di update di mana saja weollss berada. Canggih kan weollss?? *angkat kening sbelah*.😉
Today hujan petang2 hari uollss. Boring gua tade buat ape. Wlaupon tv boleh tgk.. Nak jugak blagak sbb gua guna unifi kaannn.. So tiada sbarang effect ketika hujan mendung ribut petir mendatang.
Rasakanlah time petir pon duk layan tv. Kalo mak gua tahu mampos dibebelnya.
Alaahh. Anak mana yg tak hipokrit kan? Depan lain, belakang lain. Gua letteww.
Mentara duk menunggu asar nih, gua godek2 la phone nih. Nak update guna web browser, tak boleh kekdahnyaa.. Phone mahal ni banyak menyusahkan betulla. Semua tak boleh. Nmpak tak permainan gua kat situ nak bagi tau phone gua ni mahal uollsss. Ape lagi kije bini kalo tak ngabeskan duit laki khennn. Cepat kawen yeh adik2. Pau selagi termampu. Hahahaha!!
So to sape2 yang pakai phone mahal mcm weollss yg masih tak tahu, sile lah rajin2 install blogger kat phone kamu.
Takdelah lepas nih nak harap intenet opis ye dak untuk update blog. Jangan sedeyyhh sgt uollss, semua nak harap barang free. Hewhew *gelak tutup mulut🙊*
Tapi kenyataannye, gua pon bnyak update gune intenet opis. Sedeyyhh!!
Till then uollsss. Itu sahaja lagakan gua utk kali ini. Lain masa gua belagak lagi.
Babai uollsss!!!

Nota kaki:
Tambah lagak: gua update guna unifi kat rumah.. 💁

Friday, December 7, 2012

baru sekali

hai uollsss...
eh. lupa pulak nak bagi salam.
Assalamualaikumm uollsss. haaa
Beradab sikit kann.
Tetibe pulak ber'uollsss2' nih kan.
Yelah. Since ade pulak schoolmate gua yang tegur bahasa gua dalam blog ni agak mengasarkan kan..
So, gua kenalah menggunakan pendekatan baru.
Fans always right uollsss. hah. Tetibe ada fans dah walau blog pon nan hado hebaknye!
Feeling-feeling lebih la gua nih. *libas rambut. libas tudung*
Disebabkan blog gua yang takde arah tujuan nih, lagi menyedihkan pula, maka sukeati gua la kan nak tulis pasal apa.
Namun bahasa tetap kena jaga uollsss.. yelah. bahasa jiwa bangsa kan.
bahasa mencerminkan diri kita sbenarnye.
gua pon takdelah baik sangat uollss. tapi tulah kan, selagi boleh khennn.. ape salahnye.
tengah menaip dengar pulak bunyi moto laki gua.
got to go dlu lah. laki balik kena lah sambut uollss. 
perfume done. baju sexy done.
till we meet again!!
babai uolls...!!

notakaki:
gua bukan fondan.

Wednesday, December 5, 2012

kembali sekali

akan kembali.
tunggu berkali-kali.
I'll be back..dishuuunnnggg!! *bunyi peluru*

Friday, June 1, 2012

menyibuk sekali

lately dah susah nak curi masa update blog. huhu.
maafkan saya. macam lah readers tu ramai kan. feeling bagai.
gua sangat busy bee la lately.
kat opis ngan closing account nye. pahtu dah closing, auditor masuk plak.
semak the kepala otak is. oh my english!
dan-dan busy ngan kenduri kawen abam kesayangam gua pulak.
sayam abam kami yeop dah selamat mendirikan masjid pada 26 mei 2012. alhamdulillah.
bukanlah sebok sangat ngan arrangement sume tuh.
tapi sebok ngan nak pegi menganto perantem.
gua kan duta penyeri majlis. kehadiran gua amat penting. chait.
dah tu abes kenduri, dah kena bertolak pulak pegi kursus kat JB.
semua kerja ak kena setel before kursusnye hah.
yang kesian kat tok laki gua lah yg jadi drebar. tiada kata mampu kuungkapkan.
turun naek drive kete. siang malam pagi petang. thanks ya b!

pastu plak skang gua dah stat mengajo tuisyen part time.
ngajo memalam. saje cari duit lebih dari duk ternak lemak berlebih-lebih kat umah.
takdelah terdesak beno kami berdua. setakat berdua apalah sangat kan.
at least gua boleh lah nk shopim lebih2 sket ngan duit sndri. takdelah harap duit tok laki sajork. ehhh.. tapi portion gua dalam account tok laki tu ttap ada. hahahaha !
duit kita, duit kita.. duit dia, duit kita jugak puan-puan yang disayangi sekalian.
boleh la kumpul-kumpul nak tambah emas di lengan dan leher. hewhewhew..
so, every mon-thurs nite gua jadi cikgu lah. cikgu berangan jek pon...
setakat ngajo-ngajo sket and wat-wat latihan gitu boleh lah...
seronok lagipun buli budak-budak nih. hahaha
prangai masing-masing Ya Rabbi.. patutlah gaji cikgu tinggi skang.
mungkin habis kat ubat darah tinggi ngan minyak angin cap kapak jek gua rase 
tapi senakal-nakal dan seliar-liar diorang pon, sebagai cikgu kena sabarlah dak?
kot tak boleh nak sabar dah, bagi je latihan banyak2. padan muka! huahuahuahua
gua adalah cikgu yang baek. kejam dengan memberi latihan. boleh gitu???
balik ngajo dah penat. kpale ni pikir nak sembam muka kat bantal jeh hah.
kena time kutip buku nak tanda. merasa lah weekend duk bgelumang ngan buku2 students.
haih. takdak kije cari kije kan. lantaklah....
tapi gua takdelah stress yang amat. ruang rehat tu masih ada.
cuma penat tu bertambah sket lah...
takpe.. semoga kerja ikhlas gua yang tak seberapa ni dibalas rezeki oleh Allah hendakNya. amiiinnn..
ikhlas tak ikhlas jugak. bayar la weh. hahaha !

jadinye gua dah agak bz sekarang disebabkan dah ada banyak kerjaya nih.
gua lah penjawat awam. gualah isteri dan surirumah.
dan gualah juga supermak untuk anak2 ikan dan anak2 murid gua.
tetibe terus feeling pakai uniform supermak versi XXXXL. kalah nasha aziz.
memang gua bajet glemer kan nak nyatakan reason kenapa gua dah lama tak blogging.
takpe. angan-angan mungkin jadi pasti. bukan janji tapi pasti. huhu !

miniskirt notes:
sebok tidak menjadi penghalang untuk terus makan dan makan..

burung berkicau sekali

haih. lame tak update. motip start nulih ngan keluhan...?
okeh. korang ade twitter? alah.. twitter.. bende yang ada gambo burung ngan telur tuh.
sebut telur ngan burung laju berdesup terus ingat.
bersihkanlah otak kuning kamu itu woi !
[pedehal nak bersih. bersih 2.0 pon gune warna kuning pe..erk!]
baiklah. kembali ke pangkal leher.
dah. gua baru reti benda2 twitter nih. tu pon baru sebulan lepas.
apa bangsa yang ketinggalan sangat la gua ni, gua pon tak tahu.
nak kata tak moden, dah moden habis dah nih.
kalo tak moden, gua tade lah ada blog bagai kan.
kasut tumit flat cap bata, spek bingkai pepel cap pejadah ntah beli kat focus point.
henset sony ericsson cyber shot c510 campur screen protector calar balar tak tukar.
tak cukup moden lagi ka lagu tuh?
owh lupe lagi 1. pensel tekan2 guna lead buncho 0.5. wahhh. moden sekali !

kenapa baru tahu? panjang ceritanya..
pendek cerita belum ada lagi.
so, skang gua agak aktif ber'twitter'.
takdelah aktif mane sebenonye. gebang jek lebih gua nih.
setakat seminggu skali bru nk up twit baru, usohlah berangan tweeterian sejati.

alkesahnya bila kat twitter nih gua rase better lagi lah kot then update status @ FB.
twitter ni more personal. ko twit ape2, only followers ko jek yang dpt baca.
so, pepehal nak memaki hamun, bleh direct jek to ur followers.
takdelah mengundang pitnah bile ko update status meroyan kat FB, tapi tak bgtau status tu dedicate to sape kan?
dan mula lah mulut2 busuk bercerita mencari gerangan sapa yang diumpati tersebut. khenn?
bila dah ada twitter ni.. anything yg ko twit sah2 lah dituju pada followers ko kan which is kalo ko tuju kat orang laen, orang tu haram takkan tahu pon!
maka jatuhlah ko sebagai pengecut bin pengundang pitnah tegar jika ko meroyan kat twitter walhal orang yang ditujui tu tak tau pon.

furthermore.. twitter ni make friends become closer orang kampung gua kate.
yela.. nk update kat mne2 to frens senang jek kan.
ko nk twit setiap saat pon orang tak kesah. meroyan pon orang tak kesah.
sebab kat ctu geng2 ko sajork.
kalo kat FB kang, abes sepupu sepapat maklang paklang makteh pakteh duk membaca royanan ko. tak manis gitu..
in generally boleh lah kat FB nuh.

the point gua nak cakap kat sini..
"gua dah cukup moden gua dah ada twitter!!!" hahahaha.
so, sape2 rase minat kat gua.. eh. feeling retis lah pulak.. kesiannye kat gua
sila lah follow gua yeh. hahaha ! [macam celaka mintak rayuan undi. pui!]
Orange Gaban - BIG + STRONG
hah. untuk pengetahuan, tok laki gua pon dah pandai skang panggil gua
"ayang BIG + STRONG !!!" hampeh.
takpe. kami memang begini. penuh dengan kasih sayang dan cinta melangit.
laki gua kan best.. hahahahaha !!


miniskirt notes:
beza followers fasha sandha ngan gua adalah seramai 296 042. sheet!

Wednesday, April 11, 2012

bisikan sekali

korang pernah rasa tak apa yang gua rasa?
iaitu rasa yang seperti mahu terkencing setiap kali batuk.
gua merasakan itu sekarang.
penat la haih. batuk. minum air. toilet.
sila ulang lapan kali dan lapan lagi dan lapan lagi.
agak-agak gua kurus tak setiap 15 minit berkejar ke toilet?
kalau kurus, satgi gua nak pi beli eskrem untuk melamakan batuk gua.
bisikan suara: "alah kau... kalau dah makan aiskrim bila nak kurus???!!!"
wahai suara, boleh diam tak ???!!!!
gua baru sahaja mencari alasan untuk makan aiskrim. huh !

Friday, March 30, 2012

cabaran sekali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt...


(Petikan daripada Kuliah Dhuha/Zohor ustaz Abdullah Mahmud di Ibu Pejabat BIMB berdasarkan hadis-hadis nabi riwayat Al Baihaqi, Termizi & Ibn Hibban)


Kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat kerana ia adalah amanah daripada ALLAH S.W.T.....


Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-


1. Susu dengan ikan

2. Cuka dengan susu

3. Buah-buahan dengan susu

4. Daun salad dengan ikan

5. Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)

6. Daging segar dengan daging kering

7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka

8. Cuka dengan nasi

9. Buah delima dengan serunding

10. Telur dengan ikan.

**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.

**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!

 
Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.


1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya daripada cara pemakanan diatas)

2. Senaman sebelum makan.
3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang ?jam)

4. Jangan makan buah selepas makan.

5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.

6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)

7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma

8. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi)

9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.

10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.

11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.

**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..


Sumber: http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1266

Nak makan basuhlah tangan.. pilih gerai yang bersih..
Hapuskan lalat kuman.. penyakit dapat disisih..
Jadikan ini amalan.. lalalalalalala [lupa lirik]
Badan sihat otak cerdas.. buat apa pun pantas.

Hapal dak lagu nih?
Yang tukang nyanyi die tudung saji biru selaku bapak bersama ahli keluarga beliau.
Si tudung saji merah selaku emak dan anak-anak gua tak ingat warna ape.
Lagu keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia.
Skang ni dah takde kat tibi kan? namun tetap diingati..
Bagus lagu tuh. dapat dijadikan panduan untuk memilih gerai-gerai makanan
terutamanya untuk bini-bini yang malas nak masak kan. macam gua. huhuhu !


haiiippp... bukan tudung saji yang ni taw..!
 Gua bab makan-makan ni jarang memilih. Maen hentam jek.
[jeling perut. kaki pon dah tak nampak. cesss]
Gerai tepi longkang pon gua selamba je redah.
sebab budaya kat malaysia memang macam tu kan.
kedai makan yang cantik-cantik, confirm dapat sijil halal terpampang kat kaunter namun if pemiliknya bukan muslim, laju jek orang was-was "halal ke? original ke sijil halal tu? entah-entah sijil tipu.." walaupun dah terang2 kat situ dapat sijil halal from JAKIM kan.
tapi yang ko duk lepak gerai tepi longkang, tepi jalan yang bersepah ngan tikus, lipas boleh maen polis sentri kat kaki.. siap mereka menyertai dinner ko bersama keluarga bahagia mereka.. selamba jek ko redah kan. takde pon ko nak tanye dapat sijil halal ke tak kan..
sebabnye... sebab nak support kaum sendiri kan. makan kat kedai bangsa sendiri walaupun yang tak berapa nak semenggah, janji boleh tolong 'set-set kite'.
tak salah nak support bangsa sendiri. tapi kena lah jugak tengok tahap kesucian dan kebersihan gerai makanan tersebut. jangan main redah jek.
tak semua bangsa lain tu pengotor. tak semua bangsa kita ni pembersih.

gua sendiri pon selalu melepak kat gerai makan yang 'asal ada'..
yang tikus, lipas duk ke hulu ke hilir. sama rancak diorang ngan waiter kedai makan tuh.
selamba badak ko jek kan cik siti n cik lili???!! walaupon spesis tikus dan lipas, namun bile selamba tetap selamba badak. korang boleh bayang kan keselambaan badak mcamane?
jangan nak suruh gua lakonkan. kang korang konpius mana satu gua, mana satu badak. haih..
walaupun tak berapa nak cantik dan bersih, perut tetap kenyang kan.
tapi isi perut tu tak tau la kot-kot ada termasuk sikret resipi tambahan. penyedap rasa.
wallahu'alambissawab. halalkan jelah kan walaupun tak dapat sijil halal jakim. gulpppp...

gua dah terbaca pasal "amalan makan / tabiat pemakanan mengikut sunnah" tu dah lama dah.
tapi nak mengikutnya, tak terikut-ikut pun.
kalau benda baek, memang gua ni dasar pelembab kan. berat jek nak ikut.
yelah. siapa tak nak pahala dak? semua orang nak.
tapi takdelah sampai wajib kena ikut kan. cuma jika diikut lebih afdhal.
tambah-tambah lagi tabiat tersebut amatlah baik untuk kesihatan.
setiap benda yang Rasulullullah s.a.w amalkan, mana ada yang buruk.
semua baik-baik belaka. sampai peringkat generasi kita ni jek yang duk merekacipta amalan pemakanan bukan-bukan nih.
contohnya, makanan segera. semua yang segera tuh banyak yang tak elok jek kan.
mee segera contohnya. entah berapa kilo msg dlm 1 paket pon kita tak tau.
yang kita tau cepat dimasak enak dimakan.
macam wanita bekerjaya seperti gua nih. semua nak segera...
so, kat rumah pun mee segera jelah kan. hehehehe
yelah. kalau hari minggu banyak sikit masa so, boleh lah kita masak, tumis bawang skit, msukkan telur skit. ayam kalau ada..hari biasa, rendam air panas jela kak oi....
namun, tetap ianya mee segera kan. merasalah kau rambut berterbangan bgelimpangan di halaman asmara [bilik tido lah.....]

part lain, inshaAllah gua senang untuk amalkan. inshaAllah. pasang niat tu yang penting.
buat, belakang kira. hahaha ! suke hati sendiri je kan.
tapi... tapi... tapi.. tapi..
bila ada tapi, haruslah disusuli dengan alasan kan.
hak nombor 3 tuh:
"3. Buah-buahan dengan susu"
erkkkk...
lepas nih sanggup ke gua tinggal blueberry cheecesake kesayangan gua?
orange cheesecake juga..
bagaimana pula dengan koktel kegemaran ramai di majlis hari jadi..?
triffle lagi.. ada susu jugak dalam custard tuh.
tutti frutti? moo cow? yogurt nestle? bliss yogurt? sundae stoberi mcd?
aduyaiiii nye punnn... ini kes berat nih.
berat nanang orang ganu kate. orang laen xtaula berat ape..
macamana nih?

owh...sila menanges sekarang...!!!
bila ditilik-tilik. dipikir-pikirin, betullah semua tu kan. betullah semua tu tak elok untuk kesihatan.
kalau gua amalkan semua petua sunnah ni, inshaAllah gua tak perlu lah mengeluh nak beli baju asek takde size macam sekarang !
maha besar kuasaMu Ya Allah. apa yang Kau sampaikan melalui utusanMu itu sebenarnya semua ada hikmahnya. tak perlukan saintis, doktor-doktor, pakar-pakar kesihatan namun hanya melalui pemakanan amalan Rasulullah s.a.w, tips-tips penjagaan kesihatan amat banyak sudah diterap. Subhanallah.

okeh. sekarang, sanggupkah gua meninggalkan kesayangan2 gua semua itu? sanggupkah?!!
baru kali ini tepat. tepuk dada tanya selera. tepuk perut, tanya mulut.
ermmmm.. tapi makanan2 tu tak haram kan?
janji halal boleh belasah kan? selagi tak bertentangan dengan hukum hakam kan?
kalau tak ikut sunnah 100% tak melanggar syarak kan? kan? kan? kan?
erm. nak pasang niat pun tak berani nih. takut hajat tu tak boleh dicapai. huhuhu
mana yang mampu ikut, kita ikut la dak? hehehe. =p
kalau dah suka tu kan. macam-macam alasan.
haram punye mat saleh! apesal la ko pegi rekacipta sume makanan2 tsebut.. huh !
pastu gua pulak yang melulu jek tepengaruh nih, nak salahkan mat saleh kan. syabas.
hantuk kepala sendiri kat dinding !

eternal love story...

miniskirt notes:
sedikit makan malam untuk awet muda.
banyak makan malam macam gua nih, awet tua !

Thursday, March 22, 2012

murahan sekali

sekarang orang dah tak main lah baca buku.
nampak macam tak 'bergantung pada tarikh'.
sekarang zaman canggih.
semua IT saja. blog, forum, webpage, fanpage, facebook..
banyak dah medium untuk membaca di alam maya.
surat kabo pon orang baca kat intenet jek.
resipi masak-memasak. orang dah tak main dah buku-buku resipi.
orang tak main dah duk mendongak tengok tibi salin resipi.
pastu declare resipi turun temurun dia kat anak cucu kan.. haih !
kot chef tu cakap laju, alter pakai resipi sendiri.
merasalaaa anak-anak semua kena senyap sebab mak nak dengar chep tuh duk melalut ape.
[adakah ini pengalaman??? hehehe]
zaman IT, click jek nak resipi apa..
berjuta-juta lemon keluar. resipi guna lemon ada lah 2,3 kerat.
myresipi, yourresipi, sikret resipi.. macam-macam ada !

tapi gua heran ngan satu buku tak berilmiah nih.
masih bertahan sampai sekarang.
kandungan entah apa-apa. takdak ilmu langsung gua rasa.
editor die pon tak berilmu gak kot.
tak berilmu tatasusila.
ada ke patut benda macam ni dijadikan bahan bacaan? sedeyhh !



gua nampak baaaaaaaaanyaaaaaaaakkkk mangga.. ehhhmmmmm


kesian ke tak kesian kat majalah nih?
hampeh lah. gua dah tak sanggup dah nak tengok eksploitasi wanita nih.
dah kritikal sangat dah kat malaysia nih.
satu hal, kedai makan menggunakan awek-awek gedik untuk tarik pelanggan datang kedai.
keji bukan.... makanan tak sedap, tapi sedap benda laen. haram.
kot yang laki semua ko hidang sekor-sekor macam jambatan kena hanyut banjir kan..??

pejadah ntah majalah mangga nih.
kat mana sumber ilmu nye nih? ilmu gosip??
orang kita tak perlu diajar bergosip. lahir jek memang dah terer bergosep.
trust me. it's a real thing in our real life.
nak kata ilmu berenang, takde nampak renang-renang pun.
aksi lain di kolam renang banyak.
gua tunggu jugak kalau depa nak shoot gambo adibah noor kat tepi pool tuh.
"Adibah Noor dan Kuman KU2 hanya kawan..."
pang! gambo dua2 ekor kat tepi pool dengan aksi-aksi manja..
nahaslah jalanraya malaysia.
tak sah kalau tak tunjuk lurah dendam tu kan..
shading terlebih ngalahkan pondan.
yang jantan pon tak beragak kan nak cleavage bagai. hempuk ngan helmet kang !
geli la weh. tolonglah..

gua rasa pihak berwajib patut do something la. banyak thing pun takpe
budak-budak ramai kot yang duk melepak kat kedai buku tuh.
apa yang ditunjuk, yang tu lah betul pada diorang.
jangan buat-buat terkejut la dengan kes-kes rogol-rogol kat malaysia nih.
hak duk bergambo kat dalam nih macam merelakan jek kan.
dia jadi modal. pastu yang lain jadi mangsa. lagi kanak-kanak tak berdosa kena. aduilaaa...
if yang duk bargambar kat dalam tu jadi mangsa takpelah jugak.
berbaloi la jual diri tuh...

awal-awal keluaran dulu takdelah cenggini rupenya hah.
fahamlah atas dasar persaingan.. matlamat tak halalkan cara bhai.

dulu gua ada baca jugak. siap bawak pegi sekolah.
nak lirik lagu punya pasal kan. hahaha !
gerard joling. everlasting love.
merasalah hapal lagu orang tua time darjah lima kan.. awet tua sangat.
bawak sekali ngan mastika.
cikgu: bagus awak baca mastika nih. banyak ilmu kita dapat dari buku nih.
gua : ye cikgu.. saya dapat belajar banyak ilmu. ilmu hitam
cikgu: mangga ni tak elok baca nih. tak elok. jangan baca lagi. kalau awak baca, saya rampas.
gua : yang ni untuk ilmu.. ilmu... ilmu..[pandangan kabur].. ilmu muzik cikgu !
cikgu: banyaklah awak punya ilmu muzik. dah, bak sini. kena rampas nih. tak elok..
gua: alaa... ni makcik saya punya cikgu, habislah saya camni ! [tipu]
cikgu: baiklah. nanti jangan bawak lagi.
gua: ok. nanti saya fotostatkan lirik ramalanku benar belaka kasi cikgu yeh.
cikgu: berlalu dengan libasan rambut..

tapi sekarang, dah macam murahan sangat gua tengok artis malaysia nih.
dedah sana sini.
dapat gangguan peminat gila, tahu takut.
kamu yang offer.. kamu pulak nak mengelak yeh.
eleh. dapat panggilan peminat psycho, takut. report polis.
dapat panggilan vvip, gembira. report wartawan.
publisiti murahan untuk artis sendu murahan. sedeyh kuasa dua !


miniskirt notes:
kot ada sedara mara terdekat membuat expose mistik di tepi kolam,
gua tak pergi beraya la..

Wednesday, March 14, 2012

impianku sekali

semalam sepatutnya gua ada game netball.
friendly game ngan ATM.
bukan Auto Teller Machine lah ! Angkatan Tentera Malaysia..
tapi disebabkan sebab-sebab yang tak dapat disebabkan, cancel pula.
agaknya macam dah terhidu hasil kekalahan. tu yang cancel kot. hehehe.

tapi gua melepak gak kat opis.
menunggu tok laki yang belum habis kerja.
untunglaaa dapat laki satu opis.
untunglaaa duk umah dekat.
hahaha. riak gua kan. [dabik buah dada]

so, tergendala lagi lah agenda langkah-langkah untuk kuruskan badan.
haih. seribu kali sayang...
nak bersenam, harapkan main netball ni jelah.
kalau tidak. haram nak pijak court tu kan.
sport shoes aku yang basuh tahun lepas tak bersentuh pun lagi.
siap tali kasut pun tak ikat lagi hah.
gile pemalas.
azam nak pegi gym, hari-hari azam.
last-last, gym kat atas katil jugak kan.
terlentang main game ngan facebook.
nikmat dunia. at least gua eksesais tangan dan jari jemari jugakla kan.
kaedahnya di situ..

okeh. topik agenda mahu kuruskan badan.
topik ini adalah sangat bosan untuk dibincang.
agenda asyik tertangguh je.
dah bape tahun pun gua tak ingat dah.
masih di tray WIP. ke tray IN?? bile nak OUT...
entah bila nak clear gua tak tau lah.

bukan gua sorang kot yang berazam camni.
cuma some of them je yang berjaya.
ya. jiwa harus kuat dan kental.
kalau jiwa rapuh macam gua nih, alamat nya tak kemana lah.
gua ni ngan benda laen jiwa gua amat teguh.
namun bila dengan satu benda nih, gua rapuh.
kurebah dengan godaanmu.
gua tak boleh tahan godaan makanan.
godaan tok laki gua pun gua boleh tahan lagi. kadang-kadang.
tapi ngan makanan, maaf banyak-banyak.
tak offer, terasa menikam kalbu.. tikam lah dada ini laju-laju.
umpama macam tu lah.

tapi takpe. azam gua belum berkubur.
sila kuatkan semangat !!! kemon ! kemon !
oleh itu, gua berazam untuk merajinkan diri untuk bersenam.
bukan sahaja untuk memusnahkan lemak di badan,
namun amatlah penting untuk kesihatan.
ayuh bersukan ! ayuh ! [shapel]
petang nih boleh ajak tok laki eksesais lah.
main lompat-lompat keh.. tihihi..

tetiba terpandang ini. [rolling eyes in the deep]


akak ! nak extra gravy yeh !
macam nak ajak tok laki pegi sikret resipi jek petang nih.
hehehehe. [SIMPUL-SIMPUL malu]
gua tak cakap gua nak stop makan kan...
okeh. pas makan kite eksesais yek tok laki.
eh! saya tak cakap arini hari khamis eh?



miniskirt notes:
niat kurus untuk kesihatan.
bukan niat untuk pamer kecantikan.
kecantikan untuk pameran tok laki kesayangan.
bukan untuk tontonan masyarakt awam.

Tuesday, March 13, 2012

langsi sekali

haih. baru je berazam taknak memaki.
harini memaki lagi. damn damn damn ! [ada macam avril lavigne tak?]
gua baca paper. baca di alam maya.

okeh.
ni si setan sundal bolong mana lah yang buat hal lagi nih.
ko takde kije ke nak membako budak kecik tuh?
apa salah, apa dosa dia pada ko?
kot mak die Ignore ko kat fb pon, bukan salah anak yang dimengandungkan.
[mak dia kan suka maen fb]
dahlah gua bengang budak tu hilang sebab mak die sebok duk maen fb,
tambah berita macam ni, aduyaiii.. kesiannye kat adik dirang tuh.
dirang sudah tidak girang lagi. al-fatihah untuk beliau.

pada mak dirang:
menangislah sepuas-puasnya.
update lagi facebook tuh banyak-banyak.
mintak friends ko doakan anak ko di sana.
lepas ni maybe ramai yang add ko.
kot da lebih 5000, bukak la akaun lain pula.
gua tumpang simpati. tapi gua tak boleh nak kesian kat ko.
awak yang senang dapat anak, senang-senang Allah bagi rezeki..
macamtu ko gi jaga amanat Allah tuh. 
memang lah takdir kan..
kot ko nak berserah sangat pada takdir, tak yahlah jaga anak ko pasni.
mainlah facebook tu puas-puas.
konon up to date lah ada facebook,
tapi tak up - up jugak pasal berita budak-budak hilang nih.
ko tak reti nak amik tau berita budak-budak hilang ke?
tak tau apa maksud pedoman ke? hampeh.
ye. benda dah nak jadi.
gua boleh ucap takziah dan sila lah bersabar.

pada si pembunuh dirang:
sejahteralah ko kat atas muka bumi.
terima kasihlah dekat ko sebab tolong ingatkan mak dirang tu jangan duk maen facebook sangat.
terima kasihlah sebab bagi bahan untuk sedarkan rakyat malaysia yang ramai tak sedar diri nih.
terima kasihlah sebab bagi gua memaki lu harini.
sukalah mamat khalid tu. ko terpengaruh ngan idea movie die.
asek duk bakor bakor bakor jek kojenye.
ni lah hasilnya.
semoga dengan berkat doa [doa ke sumpahan?] masyarakat atas muka bumi nih,
memang akan bahagia lah ko kat dunia nih. ko memang hebatlah..
ko jangan risau.. takkan tertangkapnye ko.
kes-kes sebelum ni pon senyap gitu jek.
pembako-pembako lain pon elok lagi duk berlegar-legar di kotaraya.
siap ada yang boleh masuk McD order big mac [bila marah, ingat makan]
kat malaysia ni ko jangan risau lah.
yang duk bom orang tu pon elok jek ke sana ke sini. siap masuk tibi.
dapat anugerah lagi.
semoga ko menjadi seperti idola ko tuh. ptuihhh !
tahniah la yeh. tak penat ko nak memikir nak meniti titian sirat lagi.
bangun-bangun jek, senang terus humban dalam sana.
gua tahu itu kerja Dia. tapi kamonlah.. lu bunuh budak tak berdosa kot.
bukan lu takut pun kan. lu suka main api, Dia kasi api la...
lu ingat lu langsi sangat kah.. gua lagi langsi maaa.. gua tak langsing jek.
gua kasi doa banyak-banyak, biar lu terima balasannya.
berani buat, berani tanggung la..

pasni kerja 999 masuk ladang sawit lagi lah.
parents. plz guide and guard ur children. plz.
jangan seronok sangat bila anak-anak tu suka duk menyebut 'kita bakor.. kita bakor..!'.
besar-besar esok kerja membakor jek kang.
bakor semangat takpelah. bakor line ke.. bakor cake ke..[makan lagi]


miniskirt notes:
semoga dirang girang dan tenang di sana. syurga tempatmu. inshaAllah.


Monday, March 12, 2012

hamunan terhenti sekali

pernah kena maki?
pernah kena hamun?
sape tak pernah meh datang dekat tadah telinga.
hahaha

lately gua asyik nak memaki jek kerjanya.
silap sikit, dah tekeluar makian hamunan secara berturut-turut.
bukan latah la. melatah biasanya gua mencarut. hehe
baru la thrill mencarut dalam latah. kurang sket dosanya.
tanpa niat katanya..

emosi banyak terganggu  lately.
macam-macam duk fikir dalam kapla.
duk fikir kadar jenayah malaysia yang tak pernah nak elok.
duk fikir masalah pembuangan bayi yang bermusim macam durian.
duk fikir kadar kemalangan yang hari-hari masuk berita.
duk fikir macam mana si fasha sandha tu jadi jugak kawen ngan jejai.
duk fikir kenapa kak wos duk tayang main badminton tapi tak pernah kurus.
hah. macam-macam lagi la.

tu belum lagi gua share ngan korang gua duk fikir macam mana nak pujuk tok laki ambe nak beli lipstick russian red MAC nih.
kot nak beli lipstick hak AVON, boleh gua order terus jek kat patry. kan cidah? aton?
janganla korang pelik bile gua nak beli lipstick kat pantry.
tempat kerja gua memang gini. mengkaji paranormal la katakan.

fikiran gua terganggu dengan benda yang bukan-bukan macam ni lah.
benda yang tidak bukan-bukan pun ada.
seperti macam mana gua nak selesaikan masalah sejuk nak gila kat opis gua nih.
orang gila pun tak sejuk macam mana gua sejuk duk kat opis nih.
tapi kami kat sini menggigil kesejukan sampai rasa otak dah beku then jadi gila.
meh ar datang opis gua.. sorang demi sorang gua boleh tunjuk sapa yang gila.
otak beku. damn you silly frozen brain ! ada ramai nih. meh ghapat. hahaha

dulu-dulu mak bapak gua selalu pesan
"jangan suka maki-maki. nanti rupa buruk macam b**i"
orang tua-tua kan diorang suka rhymes2 nih.
so, hak belakang tuh need to find an animal that ugly betty lah kan.
takkan nak cakap rupa buruk macam semut api?
awat gua tetiba blur binatang apa yang berakhir ngan sebutan 'i' [read: eeeeee] kat belakang nih.
apa lagi ek selain semut api?
surrender. mentol padam kat atas kepala.

gua ingat sangat pesan mak bapak gua tuh.
sebut bodoh pun tak boleh okeh.
tapi sebut menatang takpe pula.
if kat terengganu, perkataan menatang tuh dah jadi common lah.
dah tak rasa tahap kemakian tersebut.
"base nattanngggggg nih... !"
rilek jek gua maki adek gua.
mak dengar. derk. angkat kain jemuran.
see... itu perkara biasa.
tapi cubalah keluar word "babi mu !"
mak bapak gua  duk jauh 7 kilometer pon dengan segeranya datang lalu
"amboihhhh.. moleknya bahasa ! balik ke mu baru mu tau !"
kite lalu tunduk malu tahan nangis dan amarah tak lepas.
mak bapak mana suka dengar anak carut-marut kan.

stay away !;gugel
so, jika diberikan ku satu peluang untuk mencarut..
gua orang first yang angkat kaki.
gua taknak mencarut kalau boleh.
okeh. makian dan carutan adalah berbeza yeh.
"bodoh piang la hang nih! awat hang bangang sangat??!" - makian.
"celaka han****, p*****k nak mampos.. ! - carutan.

makian biasanya pada kejadian yang tak terkawal namun masih boleh dikawal.
carutan pula jatuh kepada kejadian yang tak terkawal dan tidak boleh dikawal.
hahaha. gua pun dah tak terkawal tengok gua punye justification.
maki pada diri sendiri jugak gua nanti nih.
bila gua marah or bengang, if keluar makian "bangang!" mood gua rosak separuh hari.
if gua dah keluar kata-kata berbaur carutan "b**i la haih orang nih!".. habes.
tok laki, sila pinjamkan telinga anda.
memb**ikan orang pada alaf ini adalah normal.
tak baek ye adek-adek termasuk adik-adik, nanti Tuhan marah.
hakak mahu isap. eh.. insap [read: insaf]
apa salah binatang haram itu pada kamu diperlakukan begitu.
"haram lah weih b**i tuh ! elok la jadi bahan mencarut"
awat hang tak carut "arak la ko nih ! perangai macam pembuat maksiat !"
haa.. sesungguhnya arak dan pembuat maksiat dua-dua adalah haram.
pasaipa hang takmo sebut??? hang suka kan.. dush !! [kena tibai ngan selipar jepun]

kadang benda makian dan carutan ni dalam hati jek.
tak terluah dengan kata-kata.
dulu, gua ngan membe-membe pernah deal.
"sape sebut b**i, kena belanja eskrem poli sebatang sorang"
kami berlima. dalam hati duk berdoa biarlah ada sorang yang sebut harini.
dapat aku makan eskrem poli. tanak yang cair. nak yang keras beku!
hasilnya.. sorang pon tak sebut weh. sampai la kami berpecah lima orang.
mungkin kami tak tahan tak sebut b**i, sebab tu lah berpecah kot.
"b**i betullah. tak dapat aku merasa eskrem poli free" kata gua dalam hati.

bila dah meningkat dewasa, rasa macam tak cantik pula jika suka mencarut.
alhamdulillah, berkat eskrem poli, gua dapat mengawal tahap carutan gua.
kadang-kadang tu terkeluar jugak if geram sangat. pas 3 saat, mari insaf pulak. haih.
tapi bab memaki, masih dalam proses pemulihan. hehehe.
ampun ya. saya budak baru belajar.
terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata, buat-buat baca paper tanpa berlaku apa-apa.

oleh itu, mari masukkan azam ini dalam senarai impian.
say no to "CARUT dan MAKI".
dulu-dulu if rasa tak puas hati, laju-laju pergi mandi.
sekarang, if rasa nak maki...
jeling kiri. wah ada roti ! sapu kaya. ngappp. enak sekali..


so, be nice to me ya !



miniskirt notes:
maki-maki lama-lama jadi daki.
carut-carut lama-lama jadi buruk.