Friday, December 28, 2012

kawan sekali

Hey kawan kawannnn...
Alamak. Lupa bagi salam lagi.
Assalamualaikum.
Hey kawan kawannn.
Kita bukan mahu lawan.
Kita cuma cari teman.
Buat penghibur di kelapangan.
Hey kawan kawannn.
Jangan nak pelik jangan nak heran.
Jika ku sound mu umpama meroyan.
Kita kan kawan,
Mesti mahu tegur kawan kawan.
Hey kawan kawan.
Gua tak kisah gua dilupakan.
Janji tanggungjawab gua tunaikan.
Fungsi gua sebagai seorang kawan.
Hey kawan, yaaa.. Lu lah kawan.
Gua bukan mahu lawan lawan.
Cukuplah la kalau lu sudah ketahuan.
Cukuplah lu faham apa gua katakan.
Kita kawan mesti mahu terima teguran.
Baik buruk mesti mahu telan.
Jangan biar hati dimakan perasaan.
Lu pun ada fikiran.
Baik buruk lu boleh tentukan.
Agar kelak kita dapat keuntungan.
Hey kawan. Gua bukan lu punya lawan.
Gua hanya mahu memberi peringatan.
Ingat, kita semua akan 'ditelan'.
Yang baik jadikan tauladan.
Yang buruk jadikan sempadan.
Mati kita orang lupakan.
Hanya doa orang jadi peneman.
Amalan di dunia dibawa bekalan.
Ini gua sudah pesaaaannn.
Kita semua hamba Tuhan.
Allah sudah banyak berpesan.
Jadikan Al-Quran sebagai panduan.
Dalam menjalani kehidupan seharian.
InsyaAllah kita pasti dapat habuan.
Moga hati dilitupi ketenangan.
Moga akal fikiran sentiasa ditajamkan.
Sambil sambil minum teh secawan.
Apa kata sejenak direnungkan.
Harini ada apa bekalan?
Persediaan sebelum dirotan, tak berteman. Kesian.
Inilah kita, seorang insan.

Tuesday, December 18, 2012

hasutan ablasa sekali

Assalamualaikum.
Few days ago, adelah seorang kawan gua ni telah memesej gua secara privasi di FB.

Ayatnya begini:
"Salam oren. ren ren ren. (aduh. kawan gua yang ni mmang suka bgurau). Aku nak minta pendapat sikit ni. Kalau ko tak keberatan. Ko ada tak contact lagi dengan si M... tu? Haritu dia ada mesej aku. Nak pinjam duit katanya. Dia cakap kat kawan2 lain pun dia ada mesej jugak bagitahu nak pinjam duit. Aku ni dah lama tak dengar cerita dia weh, tiba2 muncul nak pinjam duit. Aku tak reply. Disebabkan aku ragu2, aku tengok wall dia. Manalah tahu FB dia kena hack ke. Tak pasal-pasal aku masukkan duit, dapat kat orang lain.
Sekali, aku tengok bukan main meriah lagi wall dia dengan gambar2 dia berjalan sakan dengan boipren. Ha, boipren pun dah tukar. Bukan mamat kerja kat VADS tu dah. Yang ini lagi teruk parah je aku tengok. Upload gambor sedang mabuk pun okay je. Gile lahhh. Apa nak jadi dengan kawan ko ni sorang oren weh. Ada satu gambar tu, siap tayang duit weh. Tebal pulak tu. Posing ala-ala bentuk kipas tu dengan duit dia. Gambar tu baru lagi. Dalam dua tiga hari sebelum dia mesej aku nak pinjam duit tu. So, aku agak mesti dia kena rompak lepas dia tayang duit tu kendian mulalah nak pinjam2 duit orang kan. Kesian. Aku pun mesej lah kat wall dia "M.... lama siot tak jumpa ekau. Call sei, ada benda sei nak tanya. Nmbor 013 esei yang lama!".. Tup. tup tak sampai sejam aku drop mesej kat wall dia, terus call aku okay! Gila hadap duit aku lah tu! Aku tanya dia semua lah kenapa nak pinjam duit bagai ni sedangkan aku tengok bukan main meriah ko kat FB ngan boipren baru pakai rantai mas. Hahaha!! Pastu dia cakap dia nak guna untuk bayar hutang orang. Pinjam dengan aku pastu nak bayar hutang orang. Aku bajet dia ni main gali lubang tutup lubang ni. Pastu aku cakap dia, aku tak boleh nak bagi sebab aku pun tengah sempit. Gaji mana masuk lagi. Sekali dia maki-maki aku. Dia cakap lah kalau tak boleh bagi tak payah lah suruh dia call. Membazir kredit dia je katanya. pastu cakap aku ni sengaja nak bahankan dia lah konon nak menganjing dia sebab dia dah tak de duit nak pinjam2 orang. Hahaha! ko tengok oren, kawan KAU.. hahaha! Okay. Sebenarnya tujuan aku mesej ko ni, memang nak keji kawan ko tu pun. Dulu beria kutuk aku kan, skrang cari aku pulak. Ceih. Boipren aku polis prebet FRU je pun tapi tak de lah sampai sengkek aku ni. Bukan main kutuk aku kan. Padan lah dengan muka. Ko tolong nasihat sikit oren kawan ko ni. Berbulu pulak aku tengok duk tayang2 macam kaya kat orang padahal mengemis!"

disebabkan gua update guna ipad, gua tade mase nak bubuh screen shot bagai. sume gua copy and paste sajork. kemudiannya gua reply lah mesej beliau tersebut, begini pula bunyinya:
"Takmo lah aku masuk campo hal korang. kang tak pasal die cakap aku nyebok. ko setel sndri la haih. da tau die camtu, lenkali tak yah la ko caye die dah. tak yah kwn  terus lagi bgus bai...... weh, bak mai pos kat aku rambutan skilo! meriah nampakkkk merah2 kat umah lu!"

Ok. ayat hat last tu memang tade kena mngena ngan cite nih. itu adalah penambah perisa saje. uollss sila lah abaikan.
Sambung cite. Maka, reply lah pula sahabat gua ini, begini caranya:
"Sudahlah ren. Ko dari dulu memang keje nak bekap je kawan kau tu. Aku mintak tolong sound pon tak boleh. Gitulah member.....Nak ke ko tengok member ko makin hanyut gitu. Malu weh nak mngaku member. Ape dahhh.."

Nak tau gua reply ape? "Jadah la ko!" SEND!

Hambik kau!. Haaa.. Gewam ittew nih! Gua memang tak paham betul ngan spesis siput sedut macam nih. Gua pulak yang kena? Gadoh ngan orang lain, tak pasal2 nak libatkan gua sekali. Gua paham niat die nak sruh gua tabur budak tu. tapi camonla.. Gua skrang nih dah insap, tak buat dah kije2 pukul orang nih. Hahaha! Kite kan dah matang, amende bahase la pulak nak drag2 orang masuk gadoh skali nih. Pastu, memula kate nak mintak pendapat. Aku dah bg pndapat, aku pulak kena tabur. Banyak cantik muka ko. Pastu soh aku pulak pegi sound bdak tu hah. Ko ingat aku downline ko? Ko ingat kite adik bradik 3 garisan? Pegi matilah weh... Aku tak tabur ko balik dah cukup bagus dah.

Kadang gua agak konpius ngan orang2 yg cenggini. Nk mntak tlong kite dgr msalah eh, kte dgr. Nk mntak tlong bg pndapat, kte bagi. Tapi ko tak payahlah nak drag orang skali dlm msalah trabel problem ko tuh. Tu diaaa.. Bganda gua bagi. Ko takde kije lain ke ape nak laga-lagakan orang masuk team ko kononnye nih. Hadap sangat aku nak jadi geng ko? BLAH. Kite kat dunya nih *cewaah.. ayt hijabster*, jumpa macam-macam ragam pe'el prnagai orang. Tapi ko takkanlah nak bermusuh ngan semua org. Pendekatan tu berbeza. Bukan semua orang jenis hat dgr kate, jnis hat lut dngan nasihat. Die nak jadi gitu sukeati die lah. Bukan die tak tau ape yg die buat tu right or wrong. Kte masing2 tau kan. Masing2 sedar ape betul ape salah. Takyah ko nak paksa2, nak pegi sound pulak orang tuh. Die tanggung sndri ape die buat. Settle. Betulla kite kne tegur, tapi ko nak tegur lagi bnde dah terang2 silap dia buat? Die dah sedar die tu mmang pretend like hado2 padahal nan hado and she even don give a damn care bout it, tetibe kite plak nk nyibuk pi tegur die. Ko ingat die kesah?? Azwan ali pon tak kesah la eh! Tetibe pulak gua..Kot tetibe kantoi abis kat orang masa tu lah kite muncul sambil bcekik pinggang, tenyeh sirih di mulut lalu luahkan.."Padan muko ekau!"

Haa.. gitu caranya. Gua mmang bangsa malas nak amik tau hal orang nih. lagipun, gua tak friend pon hah ngan bdak M tuh kat FB. takdo makno eh nak pegi2 sound orang dengan kadar serta merta nyeh. kalo bnde jadi depan mato den hah, takpolah. kasi sebat sedass pon gua takdo hal. samseng gua nih! *pintal misai*. Renti-rentikanlah prangai nak jadik firestone nih. Malu kek orang haih. Mike tu udoh beso, udoh pndai pikior. setel sndri.



Nota kaki:
Jangan sampai gua trbakar, fireman pon takleh tolong. Huh!! *asap kua kat hidung*

Wednesday, December 12, 2012

Doblas sekali

Its 12.12.12.
Salam.
Kenalah update blog pada date yang konon keramat kan. Barulah follow hipster and hijabster. Serta gangster!
Ramai pulak yang melenting bila orang duk ingat 12.12.12 compared to 12 Rabiu'awwal. Camon peeps..
Tarikh tu hanya nombor. Nothing else special. Depa nak nikah date ni pon suka hati depa lah. Mungkin sebab nak bagi senang ingat. Senang la nak dapat hadiah. Cer uollss kawen 23.8.1979. Hah! Tak ke menangis nak ingat tuh? Gua choose 06.06.09. Senang jugak lah. Lagipun memang kepala duk ingat '69' je pon. Hahaha! Ok. Tak lawak sangat. Gua bukan balas.

Nak berdakwah, nak beringat pon biar pada gaya. Bukan nak kena tunjuk best pon. Kawan ko yang up status pasal 12.12.12 pon mana tahu dia lah yang duk pegi stadium tiap tiap tahun celebrate Maulud Nabi pada 12 Rabiu'awwal tuh. Sedangkan uollsss nak tengok kat tv pon nam hadooo..!
Lagipun takkan la orang tuh meraikan 12.12 ni terjejas akidah mereka. Kalo meraikan 14.02 lain la kan.
Aiseyy.. Main nombor pulak akak malamni uollsss. Tergeliat jugak jari gua nanti nih.
Ramai lah tetibe capai tudung ngan serban bila ramai duk up status pasal 12.12. Tak ingat 12 Rabiuawwal katenye.
Gua salute for reminding others brader sista. But, its juz numbers kot. Esok senyap la mereka. Tapi gua janji, on this coming 12 Rabiuawwal, timeline will go merrier than today. Jangan risau dan gusar sangat. Rileks.

Till then.
Babai uolllssss!!

Nota kaki:
060609. Bukan letak saja saja. Bak hadiah enibeseri!

Monday, December 10, 2012

Sepi sekali..

Assalamualaikum..
Malam yang sepi pi pi pi..
Gua tonton labu labi bi bi bi..
Haji bakhil yg bangang ngang ngang ngang..
Gua rasa mahu lempang pang pang pang..

Sudah lewat malam, gua masih cekal di depan tv uollss. Labu labi punye pasal.
Dah nyaris nak masuk bilik, terbaca pulak tweet pasal cite labu labi. Tak lepaskan peluang, remote dicapai. On tv, sandar kat sofa, kaki naik atas. Rumahku syurgakooo.. Bhaiya, teh tarik satoooo! Chewah. Over imaginasi gua.


Gua ni lemah sikit dgn cite2 p ramlee nih. Tak nonton macam serba tak kena. Ke lemah banyak ke.. Haih. Tengok la brape kali pon masih tidak mencapai kepuasan sebenar. Ayat sgt cliche kan uollss.. Ade ke gua kesah? Tidakkk sama sekali.

Agak2 ni around 1230 baru habes cerita nih. Macam tak biasa tidur lambat uollsss. Gua kan masih berjiwa remaja. Cantik lah esok pagi ada assembly kat opis. Iyaaaa.. Assembly uolls. Kaw hado?? Kalo assembly on Monday, confirm gua dah buat2 sakit perut lepak bilik sakit. Jangan lupa standby minyak cap kapak ye adik2.. Hahaha! Tektik lama woih! Tapi disebabkan esok is Tuesday, so tak pernah dibuat dek orang Tuesday blues. Sila lah bersemangat waja, wira dan satria neo untuk mghadiri prhimpunan esok pagi. Chalo bettey!

Eh. Sebenarnya nak tulis pasal cerita Labu Labi ni kan. Hareemmm. Pegi melalut benda lain pulokkk. Well. Itu normal.

Okeh. Sebenarnya gua hilang idea. Haha!
Till then.
Babai uollsss!!
Macamni punye ending pon buleh kan. Hentam!

Nota kaki:
Gua sebenarnya takleh focus duk gelak kat m zain jahanam nih. Pffftt!
Maafkan saya incik, incik baik saya setan. Hahaha!!!

Sunday, December 9, 2012

lagak sekali dan berkali kali

Assalamualaikum..
Haa.. Tu diaaa. Weollss dah install blogger kat phone. So, blog boleh di update di mana saja weollss berada. Canggih kan weollss?? *angkat kening sbelah*.😉
Today hujan petang2 hari uollss. Boring gua tade buat ape. Wlaupon tv boleh tgk.. Nak jugak blagak sbb gua guna unifi kaannn.. So tiada sbarang effect ketika hujan mendung ribut petir mendatang.
Rasakanlah time petir pon duk layan tv. Kalo mak gua tahu mampos dibebelnya.
Alaahh. Anak mana yg tak hipokrit kan? Depan lain, belakang lain. Gua letteww.
Mentara duk menunggu asar nih, gua godek2 la phone nih. Nak update guna web browser, tak boleh kekdahnyaa.. Phone mahal ni banyak menyusahkan betulla. Semua tak boleh. Nmpak tak permainan gua kat situ nak bagi tau phone gua ni mahal uollsss. Ape lagi kije bini kalo tak ngabeskan duit laki khennn. Cepat kawen yeh adik2. Pau selagi termampu. Hahahaha!!
So to sape2 yang pakai phone mahal mcm weollss yg masih tak tahu, sile lah rajin2 install blogger kat phone kamu.
Takdelah lepas nih nak harap intenet opis ye dak untuk update blog. Jangan sedeyyhh sgt uollss, semua nak harap barang free. Hewhew *gelak tutup mulut🙊*
Tapi kenyataannye, gua pon bnyak update gune intenet opis. Sedeyyhh!!
Till then uollsss. Itu sahaja lagakan gua utk kali ini. Lain masa gua belagak lagi.
Babai uollsss!!!

Nota kaki:
Tambah lagak: gua update guna unifi kat rumah.. 💁

Friday, December 7, 2012

baru sekali

hai uollsss...
eh. lupa pulak nak bagi salam.
Assalamualaikumm uollsss. haaa
Beradab sikit kann.
Tetibe pulak ber'uollsss2' nih kan.
Yelah. Since ade pulak schoolmate gua yang tegur bahasa gua dalam blog ni agak mengasarkan kan..
So, gua kenalah menggunakan pendekatan baru.
Fans always right uollsss. hah. Tetibe ada fans dah walau blog pon nan hado hebaknye!
Feeling-feeling lebih la gua nih. *libas rambut. libas tudung*
Disebabkan blog gua yang takde arah tujuan nih, lagi menyedihkan pula, maka sukeati gua la kan nak tulis pasal apa.
Namun bahasa tetap kena jaga uollsss.. yelah. bahasa jiwa bangsa kan.
bahasa mencerminkan diri kita sbenarnye.
gua pon takdelah baik sangat uollss. tapi tulah kan, selagi boleh khennn.. ape salahnye.
tengah menaip dengar pulak bunyi moto laki gua.
got to go dlu lah. laki balik kena lah sambut uollss. 
perfume done. baju sexy done.
till we meet again!!
babai uolls...!!

notakaki:
gua bukan fondan.

Wednesday, December 5, 2012

kembali sekali

akan kembali.
tunggu berkali-kali.
I'll be back..dishuuunnnggg!! *bunyi peluru*